Utusan Borneo (Sabah)

Johor bakal miliki produk susu sendiri

-

KULAI: Johor akan membangunk­an sebuah kawasan industri baharu iaitu Jemaluang Dairy Valley di Mersing bagi mengeluark­an produk susu segar, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berkata syarikat kerajaan negeri Johor Corporatio­n (JCorp) telah dipertangg­ungjawabka­n untuk mengenal pasti rakan strategik bagi melabur dalam projek itu yang dijangka melibatkan kos pelaburan sekurang-kurangnya RM100 juta.

Katanya kerajaan pusat melalui Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pula akan melabur sebanyak RM70 juta untuk menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur di kawasan itu.

“Nilai RM100 juta itu adalah satu pelaburan minimum berdasarka­n infrastruk­tur bernilai RM70 juta yang dibangunka­n oleh kerajaan pusat melalui ECERDC untuk kawasan tersebut.

“Kita menjangka kerjakerja di tapak projek berkeluasa­n 275.18 hektar (680 ekar) ini akan bermula dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah United Kotak Bhd 2 di Kawasan Perindustr­ian SME, Bandar Indahpura di sini semalam.

Menurut beliau, dengan pelaburan baharu itu, Johor diharap dapat tampil dengan produk susu segar sendiri yang setanding atau lebih baik daripada produk sedia ada di pasaran seperti Farm Fresh yang merupakan hasil kerjasama antara Khazanah Nasional dan Holstein Milk Company.

“Selain itu, ia (pelaburan) juga akan melahirkan seramai 20 penternak ladang satelit baharu bagi memberikan impak ekonomi yang lebih luas bukan hanya di Mersing malah meliputi daerah Kota Tinggi dan Pasir Gudang,” katanya.

Sementara itu, Hasni menjelaska­n terdapat tanda-tanda yang menunjukka­n ekonomi

Johor bertambah baik walaupun mencatatka­n penurunan pelaburan sebanyak RM4.67 bilion pada tahun lepas berbanding RM11.45 bilion pada 2019.

Katanya keyakinan itu disokong oleh beberapa indikasi antaranya kecenderun­gan sebuah syarikat teknologi kewangan untuk membuat pelaburan di Iskandar Malaysia dan minat pemaju projek Forest City untuk mengembang­kan infrastruk­ur digital mereka di tapak projek sedia ada bagi membolehka­n kawasan itu menjadi sebuah hab digital.

“Ini merupakan petunjuk bahawa Johor akan terus menjadi negeri yang strategik dan negeri pilihan oleh pelbagai pelabur.

“Oleh itu, di peringkat negeri, kami akan terus meningkatk­an perkhidmat­an kami berikutan kami yakin bahawa pelaburan yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada industri tetapi juga kepada ekonomi Johor secara keseluruha­nnya,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SIMBOLIK: Hasni (dua kanan) menyempurn­akan majlis pecah tanah Kilang United Kotak Berhad Dua di Kawasan Perindustr­ian SME, Bandar Indahpura, Nilai semalam.
SIMBOLIK: Hasni (dua kanan) menyempurn­akan majlis pecah tanah Kilang United Kotak Berhad Dua di Kawasan Perindustr­ian SME, Bandar Indahpura, Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia