Utusan Borneo (Sabah)

PAS Putatan santuni mangsa kebakaran Kg Sri Pandan

-

SERAMAI 60 Ketua Isi Rumah (KIR) di Papar, Bongawan dan Membakut berstatus miskin dan miskin tegar menerima bantuan bakul makanan dan wang tunai bernilai RM200 melalui program ‘I Care For You: Ziarah Kasih Ramadan’ di bawah inisiatif ICU JPM Negeri Sabah yang dilaksanak­an semalam.

Pengarahny­a Haji Noor Alam Khan A Wahid Khan berkata, ICU JPM Sabah berkolabor­atif sekali lagi dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang juga menyumbang­kan RM12,000 untuk program itu selain daripada sumbangan bernilai RM3,000 daripada Kelab Kebajikan dan Sukan ICU JPM Sabah sendiri.

Noor Alam yang mengetuai sendiri program itu memberitah­u, penghantar­an bantuan berkenaan dilaksanak­an secara

TERIMA KASIH: Penerima bantuan Ziarah Kasih Ramadan di Binsulok, Gais Jafar bersama isteri.

DIBANTU: Penerima bantuan Program Ziarah Kasih Ramadan di Sg Padang Papar, Masria Latif. lawatan dari rumah ke rumah oleh tiga kumpulan yang dibahagika­n mengikut zon, dengan Kumpulan 1 ke Papar, Kumpulan 2 ke Bongawan dan Kumpulan 3 ke daerah kecil Membakut.

“Kita bersama dan berkolabor­atif dengan Bank Muamalat sejak 2019 bagi menyantuni golongan miskin dan miskin tegar di negeri kita. Program ini dilaksanak­an di Kota Kinabalu dan Tuaran. Pada tahun lalu, kita membuat program serupa di Kota Belud khusus untuk KIR terpilih yang terjejas oleh pandemik COVID-19,” katanya.

Turut serta dalam misi penghantar­an bantuan ialah Pengurus Wilayah Malaysia Timur Bank Muamalat Zainal Patette, Pengurus Perniagaan Wilayah Bank Muamalat Wahab Haji Taif, Pengurus Pelaburan Wilayah Bank Muamalat Mustafah Mappalappa­ng serta ketua-ketua kampung dan JPKK kampung yang terlibat.

Dalam pada itu, Noor Alam menjemput dan mengalu-alukan NGO’s, syarikat korporat, orang perseorang­an dan seumpamany­a untuk menyalurka­n sumbangan kepada pihaknya atau mengadakan program kolaborati­f bersama pihaknya bagi menyantuni golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini dengan menghubung­i talian 088484820 atau e-mel suriani@ sbh.icu.gov.my.

Sementara itu, seorang penerima bantuan di Sg Padang Papar, yang juga seorang ibu tunggal dan penghidap kanser, Masriah

Latip, mengucapka­n rasa syukur dan gembira kerana terpilih menerima bantuan yang disifatkan­nya mampu meringanka­n beban kewanganny­a ketika menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kegembiraa­n sama turut dikongsi oleh Abdul Latip Salleh, seorang penanam sayur di Kg Pikat, Bongawan.

Menurut Latip, biarpun sumbangan itu dilihat sedikit jumlahnya bagi orang lain, tetapi tidak bagi dirinya sekeluarga.

“Isteri saya menghidap kanser payu dara, dan dalam masa yang sama saya ada anak yang masih bersekolah. Tentunya semua ini perlukan perbelanja­an. Dalam hal ini, sumbangan ICU JPM Sabah tidak boleh kami lupakan, kerana dengan adanya bantuan ini, kami mampu menarik nafas lega,” jelasnya.

PUTATAN digemparka­n dengan kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Sri Pandan, dekat Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, tiga buah rumah telah musnah, dan seramai 22 orang hilang tempat tinggal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

PAS Putatan telah turun menyampaik­an bantuan awal, edaran makanan berbuka puasa untuk semua mangsa kebakaran yang berkumpul di Surau Kg. Sri Pandan.

Lajnah Kebajikan PAS Putatan menyampaik­an bantuan awal kepada empat buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran terbabit.

Timbalan Yang Dipertua PAS Putatan Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin dan Naib Yang Dipertua Haji Khairan Untoh turut hadir bagi menyampaik­an bantuan serta memberi kata-kata semangat.

Bantuan berbentuk keperluan solat, selimut, bantal, tuala, makanan serta barangan keperluan diri adalah merupakan hasil sumbangan daripada orang ramai.

Sesi ziarah melibatkan dua lokasi, iaitu PPRT Serigai dan Pasir Putih. Buat sementara waktu, semua mangsa yang terlibat menumpang di rumah keluarga masing-masing.

Zulzaim ketika ditemui berkata, PAS Putatan sangat menghargai tindakan pantas pihak bomba bagi mengawal kebakaran serta berterima kasih atas keprihatin­an para dermawan yang menyumbang untuk meringanka­n bebanan mangsa kebakaran Kg Sri Pandan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia