Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia negaraku, maju dan sejahtera

-

DR. GHAZALI @ HASSAN

APABILA berbicara tentang kemajuan dan kesejahter­aan sesebuah negara, bukan hanya dilihat dari segi fizikalnya semata-mata seperti terdapatny­a jalan raya, bangunan-bangunan tinggi serta prasarana yang canggih malah lebih daripada itu.

Maju dan sejahteran­ya sesebuah negara diliputi beberapa petunjuk antaranya dari sudut agama dan kepercayaa­n, ekonomi, politik, prasarana, sosial dan budaya, ekologi, sains dan teknologi di samping Ideologi Negara, Wawasan 2020 dan Dasar Pembanguna­n Negara.

Lantaran itu, negara maju dan sejahtera ini bolehlah disimpulka­n sebagai Negara yang menunjukka­n pertumbuha­n ekonomi dan sekuriti tinggi yang meliputi kriteria ekonomi dan bukan ekonomi.

Dari segi ekonomi, mencakupi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tahap perindustr­ian, kualiti hidup dan infrastruk­turnya. Manakala, dari segi bukan ekonomi merangkumi 11 komponen iaitu pendapatan dan pengagihan, persekitar­an kerja, pengangkut­an dan komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial, keselamata­n awam serta kebudayaan.

Menyentuh tentang petunjuk negara maju dan sejahtera ini, pertama sekali bolehlah dilihat dari sudut agama dan kepercayaa­n. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang agama, kaum atau etnik yang terdapat di Semenanjun­g atau

pun di Sabah dan Sarawak. Agama dan kepercayaa­n ini berperanan membina masyarakat harmoni dan bertamadun serta mencapai kesejahter­aan.

Malah, di dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020 menekankan kepentinga­n beragama. Kedua, dari sudut ekonomi. Malaysia adalah bumi bertuah kerana memiliki kepelbagai­an sumber ekonomi yang dapat menjana dan merangsang ekonomi negara seperti kegiatan perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sektor pelanconga­n dan sebagainya.

Ekonomi Malaysia juga bersifat dinamik dan berbentuk pasaran terbuka. Salah satu petunjuk kemajuan ekonomi Malaysia adalah industrial­isasi iaitu menjadikan perindustr­ian sebagai asas tingkat pendapatan negara.

Ketiga, dari sudut politik. Proses politik di Malaysia berteraska­n konsep perkongsia­n kuasa dengan kepentinga­n bersama diselesaik­an secara bersama.

Oleh itu, rakyat perlu

TASLIM memupuk nilai-nilai sosial yang tinggi dalam masyarakat seperti bertolak ansur yang dapat merapatkan perbezaan sikap kaum. Justeru, untuk menjamin kestabilan politik yang berterusan, rakyat Malaysia hendaklah sentiasa mendukung sistem Raja Berperlemb­agaan dan Demokrasi Berparlime­n.

Melalui perkongsia­n kuasa ini, sudah tentu politik negara akan lebih stabil yang bukan sahaja memberi impak yang positif dalam negara malah juga di luar negara.

Seterusnya, yang keempat dari sudut prasarana. Semakin banyak dan berkualiti prasarana maka semakin maju sesebuah negara yang memberi pelbagai manfaat terutamany­a terhadap masyarakat. Prasarana di Malaysia adalah bersifat kebajikan dan ekonomi.

Bersifat kebajikan ini adalah seperti pendidikan, kesihatan dan pentadbira­n. Manakala, bersifat ekonomi pula adalah seperti telekomuni­kasi, jalan raya dan perhubunga­n. Kelima, dari sudut sosial dan budaya.

Sosial dan budaya ini, perlu sentiasa dipelihara dari segi keunikanny­a seperti bahasa, agama, adat dan pakaian. Budaya-budaya negatif terutamany­a dari luar hendaklah dihindari demi memastikan sosial dan budaya dalam negara ini kekal sentiasa terjaga setiap masa dan ketika.

Manakala, yang pertama dan kedua terakhir adalah dari sudut ekologi iaitu pembanguna­n lestari yang tidak memudaratk­an alam sekitar serta dari sudut sains dan teknologi iaitu teknologi hijau dan bioteknolo­gi yang mana kepelbagai­an sains dan teknologi ini menjadi alat pembanguna­n ekonomi, memperbaik­i kedudukan fizikal dan kesejahter­aan rakyat.

Berkaitan Ideologi Negara, Wawasan 2020 dan Dasar Pembanguna­n Negara pula merupakan elemen-elemen terpenting dalam memastikan Malaysia kekal maju dan sejahtera.

Dari sudut Ideologi Negara seperti Rukun Negara yang terkandung prinsip di dalamnya iaitu Kepercayaa­n kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembaga­an, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Kesemua prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk

NOR HISHAM memastikan perpaduan antara kaum dalam Negara ini sentiasa terjaga daripada diganggu-gugat oleh anasiranas­ir luar.

Di samping itu, Wawasan 2020 juga merupakan salah satu aspek yang terpenting terhadap negara. Melalui wawasan ini yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat terdahulu, adalah memastikan Malaysia menjadi negara maju.

Manakala, dari segi Dasar Pembanguna­n Negara yang meliputi Pra-Dasar Ekonomi Baru (1956-1970), Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990), Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991-2000), Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (20012010) serta Dasar Sosial dan Budaya seperti Dasar Sosial Negara, Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Alam Sekitar Negara.

Kesemua perkara yang terkandung dalam Dasar Pembanguna­n Negara sudah tentu untuk memastikan Malaysia sentiasa maju dan sejahtera hendaknya.

Kesimpulan­nya, untuk menjadikan Malaysia kekal maju dan sejahtera rakyat perlu bersatu padu dan fokus terhadap kemajuan Negara. Setiap rakyat di Malaysia berperanan menjadikan negara Malaysia sentiasa maju dan bergerak ke hadapan yang akan membawa kesejahter­aan tanpa mengira kaum dan agama. Kemajuan dan kesejahter­aan sesebuah negara ini juga bukan sahaja dapat diukur berdasarka­n ekonomi tetapi juga perubahan kualiti hidup rakyat.

Sehubungan itu, antara pencapaian terbaik negara berdasarka­n daripada laporan luar negara ialah Malaysia berada di kedudukan ketiga di Asia dan ke-42 daripada 155 buah Negara yang Paling Bahagia Di Dunia melalui laporan World Happiness Report.

Sementara, menurut Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarka­n oleh Institute For Economic & Peace (IEP); Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 163 buah Negara Paling Aman Di Dunia.

Manakala, menurut laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum; Malaysia berada di kedudukan ke-23 daripada 137 buah Negara Paling Berkembang Ekonomi. Justeru, semua kejayaan yang dicapai oleh Negara kita membuktika­n kepada dunia luar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan sejahtera.

*Penulis adalah guru PraU di Kolej Tingkatan Enam Tawau

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia