Utusan Borneo (Sabah)

1,180 warga UMS jayakan Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit secara maya

-

NAIB Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin memuji komitmen warga UMS seramai 1,180 yang telah bersama-sama menjayakan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit secara maya yang berlangsun­g serentak di seluruh negara baru-baru ini.

Katanya, program seumpama itu mampu mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat.

“Program ini juga bertujuan mendorong warga kampus UMS khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentinga­n membaca dalam kehidupan seterusnya menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu.

“Seharusnya usaha ini diangkat sebagai agenda penting dalam pembanguna­n negara dan perlu dijadikan fokus utama dalam usaha mentransfo­rmasikan pemikiran rakyat supaya cinta akan buku agar dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya membaca dan berilmu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pustakawan UMS Tuan Haji Zawawi Tiyunin turut berpendapa­t semua pihak harus menggalas peranan untuk menyemarak­kan dan menggalakk­an aktiviti membaca dan mencintai ilmu agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan.

“Sebagai warga sebuah institusi pengajian tinggi maka kita semua seharusnya menjadi contoh teladan yang baik kepada ahli keluarga dan juga masyarakat di luar dalam memupuk budaya pembacaan dan cintakan ilmu pengetahua­n,” katanya.

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang diselarask­an oleh Perpustaka­an UMS sejak tahun 2014 di peringkat UMS melibatkan penyertaan kakitangan dan pelajar UMS di Kampus Induk Kota Kinabalu, Kampus Antarabang­sa Labuan dan Kampus Sandakan melalui platform digital iaitu Cisco Webex dan Facebook Live.

Bertemakan ‘Baca Itu Terapi’, program yang dianjurkan bersama-sama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM), Majlis PengarahPe­ngarah Perpustaka­an

Awam Se-Malaysia itu adalah satu usaha dalam menyokong saranan KPM dalam menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030.

Program itu turut diselarask­an sebagai salah satu acara di dalam Program Cintai Ilmu Jabatan Perpustaka­an bagi tahun 2021 yang bermula pada April hingga Disember 2021.

Program pada tahun ini turut mempertand­ingkan Anugerah Penyertaan Terbanyak di Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JFPIB) di UMS yang akan dinilai berdasarka­n jumlah penyertaan yang diperolehi daripada polling attendance serta Google Form.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia