Utusan Borneo (Sabah)

MAIWP santuni 50 asnaf di Putrajaya

-

PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) semalam menyantuni 50 penerima bantuan Baitulmal di sekitar Putrajaya di bawah Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyertai majlis itu dan beliau menyampaik­an sumbangan wang tunai RM100 serta pek makanan sumbangan rakan strategik MAIWP iaitu QSR Brands (M) Holding Bhd dan Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd, kepada asnaf yang hadir.

“Usaha seperti ini usaha yang baik kerana menzahirka­n MAIWP berada dalam komuniti dan sebagai salah satu agensi yang memberi bantuan kepada mereka yang layak dan berhak,” kata Zulkifli kepada media selepas menyampaik­an sumbangan.

Bersempena program itu,

MAIWP turut menyampaik­an Bantuan Ihya Ramadan sebanyak RM500 kepada Surau Al-Muttaqin, Presint 5 di sini. Turut hadir Pengerusi MAIWP Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP Mohd Nizam Yahya.

Zulkifli berkata, program seperti Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti itu perlu diuar-uarkan supaya orang ramai nampak usaha MAIWP dalam menyalurka­n wang zakat kepada mereka yang memerlukan dan layak.

“Apa yang MAIWP buat, kadang-kadang orang tak nampak. Sedangkan sejak saya menjadi mufti lagi, saya nampak MAIWP ini sentiasa kerja bersungguh dan tak menang tangan menyantuni asnaf,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan kos menunaikan umrah mungkin akan naik sekali ganda, Zulkifli berkata perkara itu akan diperhalus­i apabila kebenaran menunaikan umrah diperoleh dari Arab Saudi.

“Setakat ini umrah belum dibuka secara rasmi, namun seperti mana yang kita lihat bila berlaku pandemik, berapa kos luar jangka juga akan berlaku dan hal ini akan diperincik­an satu persatu. Saya sendiri pun melihat dalam keadaan tertentu memang tak dinafikan akan berlaku kenaikan (kos),” katanya.

Menurut laporan media, pakej menunaikan umrah pascaCOVID-19 dijangka meningkat sekali ganda berikutan pelbagai syarat tambahan ditetapkan kerajaan Arab Saudi termasuk insurans.

Sebelum pandemik harga pakej biasa ditawarkan pada kadar RM5,800 namun harga pakej itu dijangka mencecah sehingga RM10,800 pascaCOVID-19. — Bernama

 ??  ?? BAN TUAN: Zulkifli (dua kiri) menyampaik­an bantuan kepada Mazlieyani Sidik pada Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti Asnaf Siri-4 di Surau Al-Muttaqin 5R6, Presint 5, Putrajaya, semalam.
BAN TUAN: Zulkifli (dua kiri) menyampaik­an bantuan kepada Mazlieyani Sidik pada Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti Asnaf Siri-4 di Surau Al-Muttaqin 5R6, Presint 5, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia