Utusan Borneo (Sabah)

Peluang Sevilla menjuarai kejuaraan La Liga tipis setelah tewas di tangan Bilbao

-

MADRID: Peluang Sevilla untuk menjuarai La Liga semakin malap selepas mereka dikecewaka­n dengan kekalahan 0-1 kepada Athletic Bilbao pada Isnin, setelah Inaki Williams merembat masuk gol kemenangan pada minit ke-90 di Ramon Sanchez Pizjuan.

Gol pertama Williams sejak Februari merampas kemenangan 1-0 buat Athletic serta meninggalk­an Sevilla enam mata di belakang pendahulu Atletico Madrid, dengan berbaki empat permainan.

Perlawanan seterusnya Sevilla akan menentang Real Madrid pada Ahad di Veldebebas, bahagian kedua hujung minggu penting dalam persaingan kejohanan itu, selepas Barcelona bersemuka dengan Atletico pada Sabtu.

Atletico dua mata berkelebih­an ke atas Real Madrid dan Barca selepas mereka menundukka­n Elche pada Sabtu, sebelum Real Madrid menyingkir­kan Osasuna dan Barcelona melepasi Valencia pada malam Ahad.

Sevilla kekal teguh di atas, dengan memenangi lima perlawanan berterusan, namun peluang mereka untuk mara ke tiga teratas kini nampak tipis.

Mereka harus mengalahka­n Real Madrid hujung minggu akan datang bagi mengembali­kan harapan mereka, sebelum menamatkan musim ini sebagai tuan rumah kepada Valencia, bermain di tempat lawan dengan Villarreal kemudian di padang sendiri ke atas Alaves.

Williams berjaya mengawal gemuruh pada detik getir, menyempurn­akan hantaran Oihan Sancet.

Dengan hantaran bola lintang pemain Sevilla Fernando, Williams mempunyai masa untuk memilih posisi, merembat masuk bola dengan kaki kirinya ke sudut kanan.

Kemenangan itu mengangkat Athletic Bilbao ke tempat ke sembilan, enam mata di belakang Real Betis yang berada di tangga ketujuh. — AFP

 ??  ?? Aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Bromwich Albion dan Wolverhamp­ton Wanderers yang berlangsun­g di The Hawthorns.
Aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Bromwich Albion dan Wolverhamp­ton Wanderers yang berlangsun­g di The Hawthorns.
 ??  ??
 ??  ?? CARI GOL: Penyerang Sevilla, Youssef En-Nesyri bertembung dengan penjaga gol Bilbao pada perlawanan itu.
CARI GOL: Penyerang Sevilla, Youssef En-Nesyri bertembung dengan penjaga gol Bilbao pada perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia