Utusan Borneo (Sabah)

Henry: Proses ambil alih kelab ambil masa ‘amat panjang’

-

LONDON: Thierry Henry telah memberi peringatan kepada penyokong Arsenal bahawa pengambil alihan oleh pengasas bersama Spotify, Daniel Ek boleh mengambil masa ‘amat panjang’ dalam pada pemegang rekod penjaring terbanyak pasukan tersebut mengesahka­n peranannya dalam bidaan itu.

Ek telah memberitah­u orang ramai tentang niatnya untuk membeli kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu setelah penyokong membuat protes menentang penglibata­n Arsenal dalam projek Liga Super Eropah yang telah gagal.

Meskipun begitu, bilionair Amerika pemilik kelab tersebut Stan Kroenke telah menegaskan beliau tidak mempunyai hasrat untuk menjual The Gunners.

Bekas sepasukan Henry dan legenda Arsenal Dennis Bergkamp dan Partrick Vieira juga merupakan kumpulan penasihat dalam bidaan mengambil alih Ek.

“Beliau mendekati kami, kami mendengarn­ya. Apabila kami mengetahui bahawa beliau ingin melibatkan penyokong kami telah bertemu dengan Badan Amanah Penyokong Arsenal dan memberitah­u mereka apa yang kami mahu lakukan, untuk membawa mereka kembali ke papan. Beliau mahu menyuntik kembali DNA Arsenal, identiti yang sudah lama hilang.” Kata Henry.

Minggu lalu, Kroenke, memberi kenyataan menyatakan beliau “tidak akan mengendahk­an” sebarang tawaran.

“Ambil alih akan memakan masa yang amat panjang dan tidak mudah jika ia berlaku,” tambah Henry.

“Daniel tidak akan berganjak, beliau akan menunggu untuk melihat jika mereka hendak menjual, ia akan mengambil masa yang lama.”

Kroenke telah menjadi pemegang saham terbesar Arsenal selama satu dekad dan mengawal sepenuhnya kelab itu dengan membeli saham oligarki Russia Alisher Usmanov pada 2018.

Dalam padang, prestasi skuad tersebut telah merosot semasa peganganny­a.

Henry, 43, masih berada dalam zaman kegemilang­an karier beliau kali terakhir Arsenal menjuarai Liga Perdana pada 2003/2004 namun kini mereka tidak berjaya merebut tempat empat teratas dalam pasukan utama Inggeris dalam lima musim berturut-turut. — AFP

 ??  ?? SENGIT: Babak aksi perlawanan La Liga di antara Sevilla dan Athletic Bilbao di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.
SENGIT: Babak aksi perlawanan La Liga di antara Sevilla dan Athletic Bilbao di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.
 ??  ?? HENRY
HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia