Utusan Borneo (Sabah)

Kekal beri kejutan untuk rebut slot Liga Juara-Juara musim hadapan, West Brom turun semula ke Liga Kejuaraan Inggeris

-

LONDON: West Ham kekal memberi kejutan untuk merebut slot Liga JuaraJuara musim hadapan ketika Michail Antonio menjaringk­an gol dua kali untuk menumpaska­n Burnley 2-1 kelmarin.

Penalti Chris Wood membuka gol untuk kumpulan Clarets, tetapi Burnley gagal untuk mengikat kejayaan Liga Perdana mereka untuk satu musim lagi apabila Antonio merembat masuk dua kali dalam masa lapan minit.

Pasukan Hammers naik ke tangga kelima, hanya tiga mata di belakang Chelsea, yang akan berhadapan dengan pendahulu liga Manchester City minggu hadapan.

West Ham, dalam perlawanan lain, melangkah selesa bersama Everton, Brighton, West Brom dan Southampto­n ke perlawanan empat terakhir mereka dalam musim ini.

Kepulangan Antonio daripada kecederaan membuktika­n faktor kemenangan anak buah David Moyes, yang telah bertungkus lumus pada peringkat ini musim lalu.

Pemain kelahiran Jamaica itu tidak turun padang dalam perlawanan kekalahan berterusan kepada Newcastle dan Chelsea yang menggegark­an kedudukan West Ham dalam empat teratas.

Permulaan hambar menyaksika­n Wood dikasari Tomas Soucek namun pemain New Zealand itu lantas menyempurn­akan sepakan penalti.

Walau bagaimanap­un, Burnley gagal ketika mempertaha­nkan hantaran dalam kotak mereka.

Antonio mengatasi Matt Lowton lalu terus menanduk masuk hantaran Vladimir Coufal pada minit ke-21.

Beberapa detik kemudian beliau menyempurn­akan bola lorongan rendah Said Benrahma ke dalam pintu gol.

Dalam kedudukan carta lain, West Brom berhasrat untuk kembali dalam Kejohanan setelah hanya satu musim dalam Liga Perdana namun keputusan seri 1-1 di padang sendiri kepada Wolves kelmarin menamatkan peluang mereka.

Skuad Sam Allardyce kini 10 mata di belakang zon selamat dengan hanya 12 pemain untuk turun padang empat perlawanan akhir musim ini.

Bekas pengurus England itu sebelum ini tidak pernah tersingkir daripada kumpulan utama, tetapi kumpulan Baggies hanya memenangi empat daripada 22 perlawanan selepas menggantik­an Slaven Bilic yang dipecat pada Disember.

“Kami terhutang kepada semua orang dalam mengekalka­n sikap profesiona­l dan turun padang dan cuba untuk memenangi setiap perlawanan serta berharap setiap pasukan yang mendahului kami akan kalah, kemudian dengan keajaiban magis, kami berjaya bertahan,” kata Allardyce.

Salah satu kemenangan mereka ialah permainan di tempat lawan kepada Wolves dalam perlawanan tempatan Black Country pada Januari.

Sungguhpun begitu, kumpulan Nuno Espirito

Santo berjaya membalas dendam dengan mematahkan harapan West Brom untuk bangkit dari kejatuhan.

Kedua-dua pasukan bermain dalam keadaan teruk di bawah hujan lebat serta tuah tidak menyebelah­i West Brom dalam masa kecederaan pada separuh masa pertama dengan menyaksika­n cubaan Kyle Bartley melantun kepada Fabio Silva lantas memasuki pintu gol dan memberi pendahulua­n kepada Wolves.

Mbaye Diagne menyamakan kedudukan pada minit ke-62 apabila beliau menanduk masuk hantaran Conor Townsend.

Namun West Brom gagal menemui kemenangan yang diperlukan dan kekal di tangga kedua tercorot. — AFP

AKSI SEBENAR:

 ??  ?? Aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Burnley dan West Ham di Turf Moor, Burnley. Perlawanan berkesudah­an 2-1 dengan kemenangan milik West Ham.
Aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Burnley dan West Ham di Turf Moor, Burnley. Perlawanan berkesudah­an 2-1 dengan kemenangan milik West Ham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia