Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC perlu teruskan kerja keras buru kemenangan

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Tiada rehat buat Sabah FC yang baru menamatkan pusingan pertama saingan Liga Super Ahad lalu dengan dua perlawanan pertama pusingan kedua berlangsun­g dalam minggu ini.

Skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu akan meneruskan cabaran menentang Melaka United FC (MUFC) malam ini (Rabu) dan seterusnya berhadapan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Sabtu (8 Mei).

Ia bermakna mereka bermain tiga perlawanan dalam tempoh seminggu termasuk perlawanan terakhir pusingan pertama menentang Perak FC, Ahad lalu.

Sedikit melegakan, Sabah

FC adalah tuan rumah semua perlawanan itu dan mereka ada bekalan baik dari penamat menang pusingan pertama dengan kemenangan 2-1 ke atas Perak FC di Stadium Likas, Ahad lalu.

Kurniawaan berkata, mereka tiada pilihan selain terus bekerja keras untuk memburu kemenangan sambil mengharap pemainnya dapat kekalkan rentak kemenangan.

Seperti biasa, Kurniawan tidak mendedahka­n kesebelasa­n utama tetapi dijangka beliau terus meletakkan sandaran di kalangan pemain yang tersenarai dalam beberapa perlawanan terakhirny­a.

"Pasukan ini tidak ada kesebelasa­n utama (tetap).. semua sama pentingnya. Para pemain yang betulbetul menunjukka­n prestasi mereka dalam latihan pasti akan kita senaraikan selagi dia bisa memainkan `game plan' kita," kata Kurniawan.

Sambil itu, pencapaian Sabah FC dan MUFC pada pusingan pertama agak seimbang dengan masing-masing mencatat tiga kemenangan, empat seri dan empat kalah.

Rekod jaringan juga hampir sama dengan Sabah FC mencatat 14 gol dan 15 bolos manakala MUFC 14 gol dan 16 bolos.

Pertemuan pusingan pertama kedua-dua pasukan di Melaka pada Mac lalu yang juga merupakan perlawanan pertama mereka musim ini juga berkesudah­an seri 1-1.

Carta pusingan pertama Liga Super yang membabitka­n 12 pasukan bagaimanap­un menyaksika­n Sabah FC di kedudukan lebih baik di tangga kelapan dengan 13 mata manakala MUFC di tangga kesembilan dengan 10 mata selepas ditolak tiga mata ekoran masalah kewangan.

Masih segar dengan kemenangan ke atas Perak Ahad lalu, Sabah FC yang kini turut dibantu sokongan penyokong di Stadium Likas berharap akan memulakan pusingan kedua dengan kemenangan.

LE MANS: Fabio Quartararo akan menjalani pembedahan tangan kanan selepas mengalami kecederaan otot semasa MotoGP Sepanyol hujung minggu lalu, kata kumpulan Yamaha kelmarin.

Seorang jurucakap Yamaha berkata bahawa penunggang Perancis itu dibedah pada Selasa selepas mengalami kesakitan yang ditambah perit dengan tamat di tempat ke-13 di Jerez pada Ahad.

Sungguhpun begitu Quartararo menulis di media sosial beliau telah diluluskan untuk berlumba semasa MotoGP Perancis di Le Mans pada 16 Mei.

Bekas pendahulu kejohanan 22 tahun itu kini duduk di tempat kedua secara keseluruha­n, hanya dua skor di belakang pelumba Itali Ducati Francesco Bagnaia selepas empat perlumbaan. — AFP

 ??  ?? QUARTARARO
QUARTARARO
 ??  ?? KURNIAWAN
KURNIAWAN
 ??  ?? HANGAT: Aksi perlawanan di antara West Brom dan Wolves di The Hawthorns.
HANGAT: Aksi perlawanan di antara West Brom dan Wolves di The Hawthorns.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia