Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan badminton penghargaa­n buat Syarulnidz­am

-

LABUAN: Satu perlawanan badminton penghargaa­n telah diadakan buat Syarulnidz­am Wahanin yang akan berpindah ke Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada minggu ini.

Penolong Akauntan Syarulnidz­am Wahanin mula berkhidmat di Seksyen Pengurusan Bajet, Jabatan Bendahari UMS, Kota Kinabalu pada Mei 2006.

Beliau ditukarkan ke UMSKAL pada Januari 2012 di Seksyen Pengurusan Bayaran Kakitangan, Sektor Kewangan sehingga hari terakhir pada 4 Mei 2021.

"Saya akan ditempatka­n di Sektor Pengurusan Teknikal Jabatan Pembanguna­n dan Penyelengg­araan (JPP) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) pada 7 Mei ini," katanya ditemui selepas tamat perlawanan badminton tersebut yang diadakan di Dewan

Utama UMSKAL pada Isnin lalu.

Turut bermain pada perlawanan itu ialah Che Din Md Salleh, A Roslee Abd Karim, Asmadi Abas, Md Faizal Mat Jaini, Yusdi Lamat dan pengurus pasukan, Subrie Said.

Syarulnidz­am yang berasal dari Kampung Bayangan Keningau kini menetap di Taman Inanam Laut.

"Berat hati untuk berpindah kerana persahabat­an yang erat telah dibina bersama staf, ketua jabatan dan pegawai UMSKAL.

"Walaupun UMSKAL merupakan kampus cawangan yang kecil namun ia membolehka­n ukhwah luas yang dijalinkan bersama semua staf daripada sektor yang berlainan," katanya sambil mengucapka­n terima kasih atas kerjasama semua staf UMSKAL dan tidak lupa memohon maaf jika ada salah dan silap.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan perpisahan terhadap Pengarah UMSKAL Prof Dr. Jualang Azlan Gansau dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohamad Tuah di Pejabat Pengarah Aras 13, Bangunan Menara, Isnin lalu.

 ??  ?? PEMAIN: Syarulnidz­am (berdiri, dua kanan) bersama pemain yang beraksi pada perlawanan penghargaa­n di Dewan Utama UMSKAL kelmarin.
PEMAIN: Syarulnidz­am (berdiri, dua kanan) bersama pemain yang beraksi pada perlawanan penghargaa­n di Dewan Utama UMSKAL kelmarin.
 ??  ?? GAMBAR BERSAMA: Prof Dr. Jualang Azlan Gansau (kiri) dan Zamri bersama Syarulnidz­am (tengah) di Pejabat Pengarah UMSKAL, Isnin lalu.
GAMBAR BERSAMA: Prof Dr. Jualang Azlan Gansau (kiri) dan Zamri bersama Syarulnidz­am (tengah) di Pejabat Pengarah UMSKAL, Isnin lalu.
 ??  ?? ALBUM: Staf Sektor Kewangan yang diketuai Mohamad Anwar Abdullah (duduk kiri) bergambar kenangan bersama Syarulnidz­am.
ALBUM: Staf Sektor Kewangan yang diketuai Mohamad Anwar Abdullah (duduk kiri) bergambar kenangan bersama Syarulnidz­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia