Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat bincang Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara

- Dari Muka 1

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, pengukuhan pemantauan pengimport­an daging, serta strategi menangani isu bekalan dan kenaikan harga bawang antara dibincangk­an dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 1.

Mesyuarat dipengerus­ikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee secara hibrid semalam turut membincang­kan laporan Status Program Smart Sawah

Berskala Besar (Smart SBB) dan Prestasi Negara dalam Indeks Prestasi Malaysia Dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2020.

Menurut Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan semalam, cadangan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara itu disarankan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara sebelum ini.

Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dicadangka­n adalah mengikut kluster-kluster yang telah ditubuhkan sebelum ini iaitu Kluster Ketersedia­an, Kluster Kebolehcap­aian, Kluster Keselamata­n Makanan dan Pemakanan dan Kluster Kestabilan dan Kemampanan, kata kementeria­n itu.

Menurut MAFI, idea serta saranan yang diketengah­kan oleh ahli-ahli Jawatankua­sa Eksekutif dalam mesyuarat tersebut akan diperhalus­i dan dipertimba­ngkan oleh Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dijangka bersidang pada Jun depan.

Jawatankua­sa Eksekutif yang dipengerus­ikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu ditubuhkan bagi menyelaras cadangan untuk bagi mengukuhka­n sekuriti makanan negara serta mengawal selia pelaksanaa­n keputusan dan arahan Jawatankua­sa Kabinet Mengenai

Dasar Sekuriti Makanan Negara.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah progresif bagi memantapka­n tadbir urus sekuriti makanan negara dan mentransfo­rmasikan sektor agromakana­n ke tahap yang lebih baik, sekali gus memastikan bekalan makanan terjamin, mencukupi dan terkawal dalam apa jua keadaan,” kata MAFI.

Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara itu disertai secara dalam talian oleh 17 ahli tetap yang terdiri daripada ketua-ketua setiausaha kementeria­n, ketua-ketua jabatan dan agensi, ahli-ahli akademik serta pemain-pemain industri dan badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik.

Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif itu dijadualka­n bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi membincang­kan hala tuju, strategi dan isu berkaitan sekuriti makanan negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia