Utusan Borneo (Sabah)

RM5,000 menanti juara keseluruha­n Pertanding­an Bersusul/Berjujul Parlimen Papar

- Oleh Hassim Haji Othman

PAPAR: Hadiah lumayan berjumlah RM5,000 menanti juara keseluruha­n Pertanding­an Bersusul/Berjujul Sempena Aidilfitri 1442H/2021M Parlimen Papar anjuran Persatuan Setiakawan Sabah (SETIAKAWAN).

Pengerusi SETIAKAWAN Sabah Dato Armizan Mohd Ali dalam kenyataann­ya di sini memberitah­u, pertanding­an terbahagi kepada tiga DUN di Parlimen Papar iaitu DUN Kawang, DUN Pantai Manis dan DUN Limbahau.

Katanya, johan DUN Kawang akan menerima hadiah wang tunai RM3,000, johan DUN Pantai Manis RM3,000 dan johan DUN Limbahau RM3,000.

Katanya, enam hadiah sagu hati turut disediakan iaitu RM2,000 untuk tiga pemenang, RM1,500 (3 pemenang), RM1,000 (5 pemenang), RM750 (5 pemenang), RM500 (10 pemenang) dan RM250 kepada 10 pemenang bagi setiap DUN.

Katanya, pertanding­an terbuka kepada penduduk di Parlimen Papar di mana penyertaan dibuka secara dalam talian melalui link https://forms.gle/ NNU6zq1c6i­Mf2Sgi9.

Katanya, setiap penyertaan perlu disertakan kod lokasi menggunaka­n ‘Google Maps’ untuk proses penilaian ke lokasi.

Katanya, setiap penyertaan perlu memenuhi kriteria iaitu; jumlah minimum pelita yang digunakan adalah sebanyak 200 buah; bahan yang digunakan adalah berasaskan bahan semulajadi atau bahan terpakai (bukan kuasa elektrik); penyertaan adalah berdasarka­n individu/rumah.

Menurutnya, pendaftara­n bermula 3 hingga 9 Mei 2021 dan penilaian akan dilakukan selama empat malam bermula 1 Syawal berdasarka­n lokaliti kampung (jadual akan ditetapkan).

Katanya, keputusan pengadil adalah muktamad dan tertakluk pada terma dan syarat.

Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Saiful Ahdzim (013-565 6501), Zulfahmi (010-950 5105), Rahmat@ Gandau (011-563 38783), Shahril@ Mamin (016-815 5600).

Menurutnya, penganjura­n ini sebagai antara aktiviti memaknai Hari Raya Aidilfitri dalamsuasa­naCOVID-19yang mengehadka­n pergerakan.

“Marilah kita meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan aktiviti bersusul/berjujul bersama keluarga,” katanya.

 ??  ?? ARMIZAN
ARMIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia