Utusan Borneo (Sabah)

BKPSM adakan Majlis Iftar Jamaie dan Sambutan Nuzul Al-Quran

-

KAHERAH: Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sesi 2020/2021 dengan kerjasama Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) telah mengadakan Majlis Iftar Jamaie dan Sambutan Nuzul Al-Quran 1442H.

Majlis ini diadakan di Dewan Tun Mustapha Wisma Yayasan Sabah Kaherah bersempena memperinga­ti bulan diturunkan Al-Quran.

Majlis ini dihadiri oleh Setiausaha Kedua (Hal Ehwal Agama), Pejabat Atase Agama Kaherah Ustaz Muhammad Abdul Hadi Abdul Razak, Pegawai Tadbir Kanan Wisma Yayasan Sabah Kaherah, merangkap Pegawai Atase Pendidikan Negeri Sabah Ustaz Haji Hafiz Datuk Dr Haji Hamzah Al-Hafiz, Pembantu Setiausaha Kedua (Hal Ehwal Agama), Pejabat Atase Agama Kaherah Ustaz Asmuni Hasbullah, dan seramai 150 orang mahasiswa Sabah yang menuntut di Perlembaha­n Sungai Nil Mesir.

Majlis ini dipimpin oleh saudara Muhammad Yusuf Kasmin, selaku Pengarah Program Majlis Iftar Jamaie dan Sambutan Nuzul Al-Quran 1442H merangkap Bendahari BKPSM. Majlis itu bermula seawal jam 4 petang dengan bacaan Manaqib Tareqat

Qadiriyyah Naqsyaband­iah Suryalaya yang dipimpin oleh saudara Iqbal Mohammad.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dan tausiah yang disampaika­n oleh Ustaz Haji Hafiz.

Antara pesanan beliau kepada mahasiswa agar sentiasa istiqomah dalam membaca, mempelajar­i dan menghafal Al-Quran sama ada dalam bulan Ramadan dan diteruskan di bulan lain.

Beliau juga mengingatk­an mahasiswa untuk sentiasa memperbaik­i dan meningkatk­an kualiti diri dengan amal ibadah sunat khususnya dalam bulan Ramadan.

Dalam waktu yang sama, beliau mengajak kepada semua mahasiswa untuk berlumbalu­mba mencari amal kebaikan di bulan yang penuh barakah ini kerana ganjaran pahala yang besar telah dijanjikan oleh Allah S.W.T untuk hambaNya.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan tausiah yang disampaika­n oleh Ustaz Muhammad Abdul Hadi Abdul Razak.

Pada majlis itu, beliau berkongsi tentang kunci kebahagian dalam Islam haruslah ada konsep memberi dan berkongsi kerana sikap ini akan menatijahk­an rasa kasih sayang di dalam hati sesama manusia.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an kepada mahasiswa untuk membuat koreksi diri dengan Al-Quran khususnya dalam bulan Ramadan.

Kemudian majlis diteruskan dengan acara khatam Al-Quran dan doa khatam Al-Quran yang diketuai oleh Al-Faiz Darsono dan 10 mahasiswa.

Lima penyertaan mewakili Sabah serta lima orang daripada delegasi Tareqat Qadiriyyah Naqsyaband­iah Suryalaya.

Dalam majlis itu juga, BKPSM dengan kerjasama Pejabat Atase Negeri Sabah telah mengagihka­n 50 Syantoh Ramadan kepada mahasiswa Sabah.

Majlis diteruskan dengan penyampaia­n cendera kenangan kepada dif-dif kehormat serta acara penyampaia­n cenderahat­i ‘Bunga Telur’ kepada pengelola Acara Khatam AlQuran iaitu Al-Faiz Darsono dan Ahmad Muhazzab Tagiling.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi tafakkur dan doa sementara menunggu masuk azan Maghrib. Setelah itu, difdif jemputan dan mahasiswa berbuka puasa dengan kudapan ringan kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah kemudian menjamu selera di Dewan WYSK bersama.

Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah, kemudian solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat dan 3 rakaat witir yang diimamkan oleh Ustaz Haji Hafiz.

 ??  ?? ALBUM: Gambar kenangan bersama tetamu jemputan daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
ALBUM: Gambar kenangan bersama tetamu jemputan daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
 ??  ?? MOREH: Mahasiwa ketika berbuka puasa di Dewan Tun Mustapha WYSK.
MOREH: Mahasiwa ketika berbuka puasa di Dewan Tun Mustapha WYSK.
 ??  ?? BUKA PUASA: Tetamu jemputan ketika berbuka puasa bersama.
BUKA PUASA: Tetamu jemputan ketika berbuka puasa bersama.
 ??  ?? MAHASIWA SABAH: Gambar kenangan mahasiswa Sabah Mesir.
MAHASIWA SABAH: Gambar kenangan mahasiswa Sabah Mesir.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Sumbangan Syantoh Ramadan kepada mahasiswi Sabah Mesir.
TERIMA KASIH: Sumbangan Syantoh Ramadan kepada mahasiswi Sabah Mesir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia