Utusan Borneo (Sabah)

MPC terus perkukuh pendidikan formal, bukan formal untuk penuhi tenaga kerja

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) akan terus mengukuhka­n agenda pendidikan negara ke arah meningkatk­an produktivi­ti dan memenuhi keperluan tenaga kerja pada masa hadapan.

Ketua pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata faktor pendidikan formal dan tidak formal akan diambil kira kerana keduaduany­a memainkan peranan penting dalam memastikan ketersedia­an dan kebolehpas­aran tenaga buruh.

“Pengumpula­n data yang lebih teliti dan berkesan merangkumi kedua-dua aspek merupakan antara langkah awal dalam menambah baik pencapaian pendidikan rakyat.

“Ia penting bagi memberi gambaran terhadap keadaan semasa dan jurang pendidikan yang wujud. Analisis berdasarka­n maklumat yang dikumpul seterusnya dapat digunakan untuk menambah baik sistem pendidikan formal dan bukan formal negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam Belanjawan 2021, sejumlah RM50.4 bilion atau 15.6 peratus diperuntuk­kan daripada keseluruha­n perbelanja­an kerajaan dan sektor pendidikan antara penerima peruntukan terbesar.

Mengulas lanjut, Abdul Latif berkata dalam usaha mendapatka­n data pendidikan negara yang melibatkan pembelajar­an bukan formal, MPC telah menganjurk­an satu bengkel dengan tujuan membangunk­an rujukan menyeluruh mengenai program pendidikan bukan formal.

Menurut beliau input terkumpul kemudianny­a dapat diklasifik­asikan dalam data pencapaian pendidikan rakyat Malaysia untuk Survei Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

“Hasil daripada bengkel yang dianjurkan adalah amat signifikan dengan hasrat untuk meningkatk­an lebih 50 peratus pencapaian pendidikan rakyat kepada pendidikan tinggi menjelang 2025 dan ke arah penggunaan kaedah pengukuran tahap pendidikan Internatio­nal Standard Classifica­tion of Education (ISCED) 2011 oleh DoSM pada 2022,” kata Abdul Latif.

Pendidikan bukan formal merangkumi pelbagai program yang ditawarkan oleh industri, institusi latihan dan pusat pengajian tinggi awam atau swasta merupakan faktor penting serta diambil kira oleh UNESCO Institute of Statistics (UIS) dalam menentukan pencapaian pendidikan sesebuah negara dalam laporan daya saing global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia