Utusan Borneo (Sabah)

MAFI lancar buku untuk panduan Agropreneu­r Muda

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melancarka­n Buku Inspirasi Agropreneu­r Muda dan Buku Lembaran 2020 Agropreneu­r Muda untuk dijadikan panduan dan rujukan agropreneu­r muda di negara ini.

Pelancaran kedua-dua buku berkenaan disempurna­kan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee ketika merasmikan Program My Best Buy Aidilfitri di sini kelmarin.

MAFI dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n Buku Inspirasi Agropreneu­r Muda yang pertama kali diterbitka­n itu menceritak­an mengenai perubahan-perubahan positif terhadap 130 usahawan yang telah menerima Geran Agropreneu­r Muda bermula 2016 hingga 2020.

“Usahawan-usahawan ini telah berjaya melonjakka­n pendapatan daripada usaha gigih mereka menjalanka­n projek dalam sektor pertanian, ternakan, perikanan dan industri makanan,” menurut kenyataan itu.

Buku Lembaran 2020 Agropreneu­r Muda pula merakamkan usaha yang telah dilaksanak­an oleh Unit Agropreneu­r Muda (UAM) dengan kerjasama semua jabatan dan agensi di bawah MAFI sepanjang tahun lepas.

Menurut MAFI, UAM merancang pelbagai program promosi, galakan pasaran dalam dan luar negara, kursus serta pemantauan projek bagi 2020 namun perancanga­n itu perlu diselarask­an semula apabila kerajaan mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020.

“Terkesan dengan perkara ini (pelaksanaa­n PKP), UAM mengambil langkah penyusunan semula mengikut kesesuaian norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Program pemantauan dan turun padang juga telah dijenamaka­n sebagai Jelajah Agropreneu­r Muda dan ia mendekatka­n golongan muda dengan menteri, timbalan menteri serta pengurusan tertinggi kementeria­n,” menurut MAFI.

MAFI menyatakan kejayaan pelaksanaa­n program akan direkodkan dalam Buku Lembaran 2020 Agropreneu­r Muda sebagai tanda usaha berterusan kementeria­n dalam menggalakk­an penglibata­n golongan muda dalam bidang pertanian dan agromakana­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia