Utusan Borneo (Sabah)

Pertimbang cadangan kuarantin 14 hari

Bagi guru dan pelajar yang balik ke Sabah dari Semenanjun­g atau Sarawak

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu mempertimb­angkan cadangan agar semua guru dan pelajar yang balik ke Sabah dari Semenanjun­g Malaysia atau Sarawak untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri mesti menjalani perintah kuarantin selama dua minggu.

Ketua Pemuda Pergerakan LDP Pusat Sim Fui berkata, cadangan itu dikemukaka­n oleh Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali agar mampu mengelakka­n sebarang penularan COVID-19 di Sabah.

“Kerajaan negeri perlu mempertimb­angkan cadangan itu dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam jangka masa pendek ini bagi memastikan semua guru dan pelajar yang balik ke Sabah dikuaranti­nkan agar dapat menjamin keselamata­n kesihatan penduduk Sabah.

“Sabah kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 7 Jun depan, dalam tempoh ini semua institusi pengajian tinggi dan kolej swasta belum beroperasi.

“Tempoh kuarantin itu juga memberikan jaminan bahawa tidak akan wujud penularan wabak COVID-19 di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, varian COVID-19 dari negara British dan India kini sudah dikesan di Semenanjun­g Malaysia. Varian COVID-19 dari Afrika Selatan juga telah menular ke negeri-negeri seperti Selangor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Sim Fui menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu sentiasa berwaspada dengan kenaikan kes baharu COVID-19 di seluruh negara setiap hari. Sekiranya varianvari­an berkenaan menular di Sabah, ia sudah pasti akan memberikan kesan yang lebih tenat kepada rakyat Sabah dan juga sistem perubatan.

“Saya percaya pihak berkuasa tahu di mana guru dan pelajar yang balik ke Sabah ini sebab mereka sudah mendaftark­an perincian peribadi sebelum melakukan perjalanan.

“Saya yakin mereka juga telah mendapatka­n ujian saringan tiga hari sebelum memasuki Sabah tetapi proses kuarantin dua minggu juga harus dilakukan,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan Sabah perlu mempertimb­angkan kebimbanga­n berkenaan kerana ia datang dari pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Katanya, sekiranya perkara itu gagal didengari, maka usaha kakitangan perubatan selama ini untuk memerangi COVID-19 hanya sia-sia sahaja.

Sim Fui juga menekankan bahawa pihak imigresen juga perlu memperkasa­kan peraturan berkaitan bagi memastikan keselamata­n masyarakat Sabah. Kegagalan berbuat demikian mampu menjejaska­n kehidupan rakyat seterusnya membawa kepada kematian.

 ??  ??
 ??  ?? SIM FUI
SIM FUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia