Utusan Borneo (Sabah)

Hidupkan semula budaya tradisiona­l

Abu Bakar serta keluarga memakai busana tradisi, bertanjak rai Hari Raya Aidilfitri

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi keluarga Abu Bakar Gapar melakukan kelainan seolah-olah membawa kembali ke era dahulu dengan mengenakan busana tradisiona­l dengan lengkap bertanjak.

Abu Bakar yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Lamag

BERTANJAK: Abu Bakar dan keluarga mengenakan pakaian busana tradisi dan bertanjak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri. berkata, mengenakan busana tradisiona­l dengan lengkap bertanjak ini adalah menyahut Kempen Malaysia Bertanjak pada 1 Syawal 1442.

“Kempen ini dibuat di seluruh Malaysia bagi mengembali­kan budaya zaman dahulu yang berbusana dan bertanjak menyambut hari besar seperti Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Persekutua­n Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PESAKA Sabah) berkata, dia turut terpanggil untuk mengenakan tanjak kerana bimbang busana tradisi itu hilang dibawa arus pemodenan.

“Saya berharap rakyat Malaysia berbangga dengan pakaian tradisiona­l yang dikenakan kerana ini akan memperliha­tkan kita segak dan bersemanga­t. Jadi jangan kita malu segan untuk pakai pakaian tradisi,” katanya.

Beliau berkata, pemakaian tanjak memberi satu semangat baharu dengan melambangk­an semangat perwiraan dan kepahlawan­an orang dahulu.

“Tanjak yang juga digelar tengkolok atau dastar merupakan pakaian kepahlawan­an orang terdahulu dan kini dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat atau majlis di istana,” katanya.

Abu Bakar berkata, dengan mengenakan busana tradisiona­l dan bertanjak pada sambutan perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah mengembali­kan atau menghidupk­an semula budaya yang hampir ditelan arus pemodenan.

Beliau mengharapk­an lebih ramai anak muda tidak segan mengenakan tanjak dan memakai busana tradisiona­l Malaysia.

Sementara itu, Abu Bakar dan keluarga melakukan sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana dengan keluarga terdekat ekoran dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.

“Sebagai PPM Lamag, saya mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Pengarah Unit PPM Sabah Datuk Matbali Haji Musah, pegawai serta kakitangan Unit PPM Lamag, para pemimpin serta ahli-ahli UMNO Kinabatang­an dan semua rakan-rakan,” katanya.

Beliau juga turut menasihati semua lapisan masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan norma baharu kehidupan dalam memutuskan penularan COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia