Utusan Borneo (Sabah)

Billie Eilish ketuai senarai artis Governors Ball 2021

-

sensasi Billie Eilish, Post Malone dan A$AP Rocky bakal memimpin senarai artis di festival New York Governors Ball 2021, dengan Megan Thee Stallion dan J Balvin juga dijangka akan membuat persembaha­n. Festival muzik tersebut yang biasanya berlangsun­g lewat musim bunga akan diadakan pada 24-26 September, dan penganjur berharap pemvaksina­n beramairam­ai akan membolehka­n persembaha­n dilangsung­kan pada skala festival. Penganjur memindahka­n lokasi acara tiga hari itu yang selalunya diadakan di Randall’s Island New York, ke kompleks Citi Field di Queens, yang merupakan stadium tuan rumah pasukan besbol Mets dan kebelakang­an ini menjadi lokasi vaksinasi besar-besaran. Lokasi baharu ini lebih mudah diakses dengan pengangkut­an awam berbanding Randall’s Island. Menurut video yang memaparkan pelan lokasi tersebut, pentas bakal didirikan di lot parking dan bukan di dalam stadium. Penganjur tidak memberi sebarang butiran sama ada mereka memerlukan bukti telah divaksin mahupun keputusan ujian koronaviru­s negatif, namun menyatakan mereka akan “menuruti segala garis panduan negeri dan kerajaan ketika acara tersebut.” “Semakin ramai warga New York telah divaksin setiap hari, kami berbangga untuk menyokong seni dan kebudayaan dan membuka tangan kepada Governors Ball dan barisan hebat mereka, termasuk kelahiran New York City sendiri Princess Nokia, A$AP Rocky, dan King Princess,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio dalam sebuah keterangan. Pendedahan barisan tersebut dilakukan sehari selepas Gabenor Andrew Cuomo mengumumka­n pelonggara­n peraturan pandemik bermula pada 19 Mei, dan subway kembali beroperasi 24 jam bermula 17 Mei. Edisi Governors Ball tahun lepas, menampilka­n Missy Elliot, Tame Impala, Stevie Nicks, Vampire Weekend dan Solange terpaksa dibatalkan ekoran pandemik. Penyebaran koronaviru­s telah memberi impak teruk kepada industri muzik langsung, termasuk festival yang menjadi platform kedua-dua artis terkemuka serta persembaha­n terbaru, dan merangsang ekonomi kawasan hos. Festival perdana California Coachella juga dibatalkan selepas pada mulanya ditunda pada 2020, juga bersama Ultra dan Lollapaloo­za. Dalam beberapa bulan kebelakang­an ini, beberapa festival telah mengumumka­n penganjura­n mereka, termasuk festival folk dan jazz di Newport, Rhode Island, yang dijadualka­n pada akhir Julai, diikuti Bonnaroo Tennessee pada 2-5 September.

 ??  ??
 ??  ?? BILLIE EILISH
BILLIE EILISH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia