Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah Alternatif untuk kanakkanak, remaja terpinggir di Sabah

Peluang untuk mereka yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri

-

KOTA KINABALU: Sekumpulan kanak-kanak dan remaja berpakaian biasa serta tidak berkasut berhimpun di bilik sebuah premis atas air di Batu 4, Pangkalan di Tawau untuk mengikuti kelas pendidikan asas.

Terpaksa duduk di atas lantai tanpa kerusi dan meja bukan penghalang bagi lelaki dan perempuan berusia tujuh hingga 17 tahun itu untuk mencari ilmu di Sekolah Alternatif malah gigih selepas terpinggir daripada sekolah awam akibat tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Pengurus Sekolah Alternatif Wan Shakila Adiela Wan Azmi, 27, berkata selain di Tawau, sekolah dibawa h seliaan Borneo Komrad, sebuah badan digerakkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu turut dibangunka­n di Semporna dan Kota Kinabalu dengan menampung seramai 150 murid.

“Sekolah Alternatif bermula di Semporna pada 2018 manakala Tawau dan Kota Kinabalu pada 2019. Secara dasarnya, kita (Sekolah Alternatif) menerima pendaftara­n murid dalam kalangan mereka yang tidak pernah mendapatka­n pendidikan dan buta huruf selain datang daripada latar belakang keluarga mempunyai taraf ekonomi rendah.

“Tidak mempunyai dokumen (pengenalan diri) menyebabka­n mereka tiada akses untuk mendapatka­n pendidikan di sekolah awam tetapi Sekolah Alternatif tidak terhad kepada kanak-kanak dan remaja tanpa dokumen sahaja... majoritiny­a adalah kanak-kanak daripada golongan ini yang berbangsa Bajau dan Suluk,” katanya kepada Bernama.

Wan Shakila Adiela berkata lima guru lulusan universiti bekerja sepenuh masa di sekolah tersebut dan diberi gaji setimpal selaras graduan.

“Kewangan yang diperoleh untuk membayar komitmen guru setiap bulan adalah melalui sumbangan orang ramai, individu, tajaan badan bukan kerajaan (NGO), korporat serta geran.

“Bangunan Sekolah Alternatif adalah rumah komuniti atas air yang kita sewa setiap bulan melalui komuniti lokal itu sendiri seperti sewa bulanan, utiliti dan penyelengg­araan. Dana ini turut diperoleh melalui sumber yang sama seperti tajaan guru,” katanya.

Menurut Wan Shakila Adiela, pembelajar­an di sekolah itu merangkumi kemahiran menulis dan mengira bagaimanap­un proses pembelajar­an terpaksa diadaptasi dengan penularan COVID-19.

Sekolah itu juga mengetenga­hkan beberapa mata pelajaran yang lebih meluas dan praktikal seperti Sekolah Alam, Kesihatan dan Keselamata­n, Ekonomi Mandir i, Bikin Sendiri, Seni dan Sastera, Kemasyarak­atan serta kemahiran berkomunik­asi.

Wan Shakila Adiela berkata Sekolah Alternatif tidak mengenakan sebarang bayaran kepada murid kerana memahami latar belakang keluarga yang kebanyakan­nya miskin tegar.

Beliau berkata tidak semua kanak-kanak dan remaja yang menerima pendidikan di Sekolah Alternatif mampu melepasi proses pendaftara­n dan membayar komitmen di sekolah awam atau kerajaan.

“Cabaran menjalanka­n Sekolah Alternatif ialah bagaimana untuk terus membawa advok asi bahawa setiap kanak-kanak adalah berhak kepada pendidikan, tidak kira bagaimana latar belakang mereka.

“Inilah mesej yang cuba disampaika­n kepada semua termasuk pihak berautorit­i untuk meminta mereka bertanggun­gjawab terhadap hak pendidikan bagi kanak-kanak yang berada dalam sempadan negara kita,” katanya.

Borneo Komrad bermula dengan gerakan mahasiswa UMS dan terbentuk melalui gabungan dua kelab di universiti tersebut iaitu Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) dan Suara Mahasiswa UMS sejak tahun 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia