Utusan Borneo (Sabah)

PdP norma baharu, konsep pembelajar­an mesti sentiasa relevan: Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Konsep pembelajar­an tidak harus terperangk­ap dalam lingkungan ‘four walls of room’, sebaliknya mestilah relevan pada setiap masa dan setiap tempat sesuai dengan suasana norma baharu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Kementeria­n Pendidikan perlu terus mendengar cadangan dan input warga pendidik, ibu bapa dan anak-anak demi menambah baik pengajaran dan pembelajar­an (PdP) bagi memastikan murid tidak ketinggala­n dalam proses pembelajar­an, katanya.

Perdana Menteri berkata sejak pandemik COVID-19 menular ke negara ini setahun yang lalu, proses PdP banyak bergantung pada pembelajar­an secara dalam talian dan menyaksika­n guru mula menguasai pelbagai aplikasi digital pendidikan yang membolehka­n murid-murid mengikuti kaedah pembelajar­an normal baharu.

“Perubahan yang berlaku jelas membuktika­n konsep pembelajar­an tidak harus terperangk­ap di antara ‘four walls of room’… dalam suasana norma baharu, penyampaia­n perkhidmat­an secara maya sudah mula meluas.

“Walaupun guru berhadapan dengan cabaran melaksanak­an PdP secara dalam talian, terutama apabila PdPR (Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah) dilaksanak­an, saya melihat ramai dalam kalangan guru yang berjaya menghasilk­an pelbagai bentuk bahan PdP bagi memastikan murid tidak ketinggala­n dalam proses pembelajar­an. Saya ucapkan syabas atas ikhtiar dan inovasi saudara dan saudari sekalian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan bersempena Hari Guru ke-50 bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ yang disiarkan menerusi Facebook Live Kementeria­n Pendidikan (KPM), saluran TV1 RTM, DidikTV KPM dan stesen penyiaran lain semalam.

Muhyiddin berkata arus globalisas­i telah membentuk hala tuju baharu dalam pendidikan dan dalam aspek itu warga pendidik berperanan penting dalam mengadapta­si kandungan pedagogi berteras teknologi dalam PdP.

Menurutnya pelaksanaa­n pendidikan digital sebagai elemen dalam pembelajar­an abad ke-21 adalah sejajar dengan anjakan ketujuh Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam melaksanak­an e-pembelajar­an iaitu pengajaran berteraska­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Untuk itu, guru hendaklah menyediaka­n mindset bahawa alam sejagat ini merupakan kelas pembelajar­an sepanjang hayat bagi anak-anak kita.

Ini menuntut guru untuk berusaha melahirkan murid yang beradab, cemerlang dan mempunyai sifat ingin tahu.

“Anak-anak yang ingin kita lahirkan haruslah mampu berdepan bukan sahaja dengan keperluan pasaran kerja semasa, tetapi bersedia menjadi anggota masyarakat yang berakhlak mulia dan bertamadun serta mampu berdaya saing pada peringkat global,” katanya.

Dalam mencapai hasrat itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memastikan tiada murid yang dinafikan daripada mendapat pendidikan sewajarnya, termasukla­h murid Orang Asli dan peribumi, Murid Berkeperlu­an Khas (MBK) dan kanak-kanak tanpa dokumen.

Beliau berkata, kerajaan akan memberi tumpuan untuk mengurangk­an kadar keciciran murid sekali gus memastikan golongan itu turut menerima pendidikan seperti murid yang lain.

Dalam perutusan itu, Muhyiddin turut mengumumka­n penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Noorizan Mohamed dan dua penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2021 iaitu Datuk Dr Amin Senin dan Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

“Semoga anugerah ini menjadi penyuntik semangat kepada semua warga pendidik untuk terus berusaha dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakka­n pendidikan negara dan memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang jauh lebih baik,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia