Utusan Borneo (Sabah)

30 rumah musnah terbakar di Kg Meruntum

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PUTATAN: Tiga anggota bomba mengalami kecederaan semasa menjalanka­n operasi pemadaman kebakaran membabitka­n 30 buah rumah atas air di Kampung Meruntum di sini petang Sabtu.

Asap kebakaran itu juga boleh dilihat di sekitar daerah ini serta pusat bandar sehingga di kawasan Kionsom Inanam selain menimbulka­n pelbagai reaksi penduduk.

Pegarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Md Ali Ismail berkata, meskipun tiada kecederaan dalam kejadian ini tetapi tiga anggota bomba mengalami kecederaan selepas terkena sambungan elektrik semasa melaksanak­an operasi kebakaran.

Beliau yang ditemui di lokasi kejadian berkata, kesemua anggotanya yang cedera kemudianny­a sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I dan II untuk rawatan lanjut.

“Mereka berada dalam keadaan stabil, dua dirawat di Hospital Queen Elizabeth I, manakala seorang lagi diberikan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II,” katanya.

Terdahulu beliau berkata, anggotanya yang cedera terlebih dahulu diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital.

Katanya, operasi pemadaman dijalankan seramai 25 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Penampang.

“Api berjaya dikawal kirakira 45 minit sebaik ketibaan pasukan bomba iaitu jam 8 malam.

“Pasukan bomba masih menjalanka­n siasatan bagi mengetahui punca serta jumlah keseluruha­n kerugian,” katanya.

Menurut saksi, kebakaran dipercayai bermula dari salah sebuah rumah sekitar jam 5.30 petang sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan rumah yang dibina pada jarak sangat rapat.

Kejadian ini adalah kebakaran kali kedua yang dilaporkan di Putatan iaitu kali pertama berlaku bulan lalu membabitka­n 17 rumah di Kampung Dumpil Jalan Lok Kawi Lama di sini.

 ??  ?? TERBAKAR: Keadaan kebakaran memusnahka­n 30 rumah di Kampung Meruntum di sini.
TERBAKAR: Keadaan kebakaran memusnahka­n 30 rumah di Kampung Meruntum di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia