Utusan Borneo (Sabah)

Polis Ranau rampas dadah bernilai RM14,850

- Oleh Yap Siong Han

RANAU: Siasatan Jenayah Narkotik Ranau berjaya merampas sejumlah dadah bernilai RM14,850 dalam satu operasi yang dilaksanak­an di sini pada 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Sammy Newton berkata, satu serbuan dilakukan pada 8 Mei lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kundasang Ranau.

“Hasil serbuan itu, tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah telah ditahan. Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan telah menjumpai sejumlah 297 gram dadah disyaki jenis ganja.

“Harga semasa dadah yang dirampas ialah RM14,850 dan kes telah disiasat berdasarka­n Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau dipenjarak­an seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali.

Sementara itu katanya, pada 11 Mei lalu, pasukan polis dari BSJN IPD Ranau juga telah menahan dan menangkap seorang lelaki di kawasan Kampung Debut, Ranau kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah.

“Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan telah menjumpai sejumlah 8.0 gram dadah disyaki jenis syabu daripada suspek yang ditangkap.

“Harga semasa dadah yang dirampas adalah sebanyak RM800. Kes disiasat berdasarka­n Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta dikenakan sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak lebih sembilan kali.

Sammy berkata, pihaknya memandang serius berkenaan kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah serta akan mempergiat­kan lagi operasi bagi membendung gejala penagihan, pengedaran dadah di daerah Ranau secara agresif.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak terlibat secara langsung ataupun tidak dengan penyalahgu­naan dan pengedaran dadah kerana kesannya sangat buruk kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

 ??  ?? RAMPAS: Sammy (tengah) bersama anggota polis yang lain menunjukka­n dadah yang berjaya dirampas.
RAMPAS: Sammy (tengah) bersama anggota polis yang lain menunjukka­n dadah yang berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia