Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran Kg Meruntum ditempatka­n di PPS PPR Serigai

- Oleh Yap Siong Han

PUTATAN: Sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatka­n mangsa kebakaran di perkampung­an atas air Kampung Meruntum, Putatan, kelmarin.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata, PPS itu ditempatka­n di PPR Serigai dengan proses pemindahan mangsa kelmarin dipergiatk­an.

“Kita mengaktifk­an pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna PPR Serigai Ketiau yang berdekatan dengan Kampung Meruntum ini, lebih kurang setengah kilometer saja.

“Jadi kita berharap tidak ada kemalangan jiwa yang terlibat, walaupun kalau dilihat buat masa ini jumlah rumah yang terlibat ini begitu banyak dan merupakan satu ujian kita semasa kita meraikan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan ke lokasi kejadian, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, pihaknya merakamkan penghargaa­n semua yang terlibat dalam membantu mangsa kebakaran berkenaan.

“Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Putatan, polis, bomba dan RELA serta lain-lain agensi terlibat dalam operasi petang ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, anggaran awal kediaman yang terlibat kebakaran itu adalah mencecah kira-kira 30 buah rumah.

“Operasi memadam daripada pihak bomba giat dijalankan dan polis turut membuat kawalan keselamata­n untuk mengelak kejadian tidak diingini.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini,” katanya.

 ??  ?? TINJAU: Shahelmey (tiga kanan) ketika membuat tinjauan ke lokasi kejadian.
TINJAU: Shahelmey (tiga kanan) ketika membuat tinjauan ke lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia