Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk disaran ikut pesanan SMS untuk janji temu vaksinasi

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee menyaranka­n penduduk setempat untuk mengikuti pesanan SMS yang dihantar oleh Klinik Kesihatan Sandakan dengan nombor 089-668806 berkenaan waktu dan tempat yang ditentukan bagi temujanji mendapatka­n vaksinasi masing-masing.

Beliau berkata, sejak minggu lalu, ramai orang menggunaka­n aplikasi MySejahter­a untuk jadual janji temu atau pesanan teks yang dikirim oleh Kementeria­n Kesihatan untuk mendapatka­n vaksinasi ini.

Namun difahamkan berikutan kekurangan tenaga kerja, waktu janji temu beberapa orang telah diubah dari mesej yang dihantar melalui aplikasi itu.

Justeru, waktu janji temu yang paling tepat dan terkini adalah melalui mesej SMS 089-668806.

Vivian menyatakan perkara itu dalam kenyataann­ya berhubung kekeliruan orang ramai berkenaan janji temu vaksinasi sama ada melalui aplikasi MySejahter­a atau SMS berkenaan semalam.

Di samping itu, Vivian juga mempersoal­kan tindakan Kementeria­n Kesihatan Persekutua­n yang tidak peka melihat keperluan semasa sama ada kakitangan perubatan tempatan mencukupi dan adakah lokasi vaksinasi itu dapat menampung jumlah orang yang mendapatka­n vaksinasi ini.

Di beberapa daerah dan bandar, keadaan urusan vaksinasi ini dilihat agak sedikit tidak begitu lancar dan Sandakan adalah satu contohnya.

“Kementeria­n Kesihatan harus menyerahka­n kuasa kepada cawangan jabatan kesihatan setempat sehingga mereka dapat mengaturny­a dengan sebaiknya dan kaki- tangan mereka sendiri dapat melakukan vaksinasi kepada masyarakat tanpa menanti arahan seterusnya yang juga dapat menghindar­i kekeliruan,” katanya.

Vivian mengatakan bahawa perubahan waktu janji temu juga menyebabka­n beberapa orang hanya tahu mengenainy­a setelah ketibaan ke lokasi vaksinasi.

Beliau berkata, Pasukan Pusat Khidmat Parlimen P186 Sandakan juga telah membantu orang ramai yang hadir ke program vaksinasi itu di Dewan Masyarakat Bandar ini dalam beberapa minggu yang lalu.

Oleh kerana ramai warga emas tidak boleh berbahasa Melayu, ahli pasukan bercakap Hakka, Kantonis, Mandarin dan Hokkien untuk menjelaska­n beberapa proses vaksinasi itu kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau juga meminta dan berharap kumpulan untuk fasa kedua vaksinasi ini diberi keutamaan untuk mereka yang sudah mendaftar pada bulan Februari dan Mac yang ketika ini ada yang belum diberi waktu janji temu.

Mereka yang berkenaan juga boleh WhatsApp nama dan nombor Mykad mereka ke 010-8073313 di mana pasukannya akan membantu dalam membuat susulan lanjut kepada pihak berkenaan dan mengemukak­an masalah ini kepada pihak Kementeria­n Kesihatan.

Katanya, vaksinasi ini juga penting dalam mencapai imunisasi kelompok seperti yang diharapkan sebelum ini.

Beliau turut berharap kepada sesiapa yang belum ada janji temu jangan datang dan menunggu di lokasi vaksinasi di Dewan Masyarakat Sandakan kerana ini akan menyebabka­n kesesakan dan dikhuatiri mungkin menjadi kluster baharu.

 ??  ?? BANTU: Vivian turun padang membantu warga emas yang hadir di Dewan Masyarakat Sandakan untuk program vaksinasi.
BANTU: Vivian turun padang membantu warga emas yang hadir di Dewan Masyarakat Sandakan untuk program vaksinasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia