Utusan Borneo (Sabah)

20 golongan mualaf terima bantuan Hari Raya

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seramai 20 orang golongan mualaf ataupun saudara baharu memeluk agama Islam yang kurang berkemampu­an mendapat bantuan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Sumbangan dilakukan oleh Pusat e-Desa Tanjung Batu, Pertubuhan Kebajikan Anugerah Kasih Malaysia Negeri Sabah (PERKASIH Sabah) dan Al-Mannar Malaysia.

Pengarah program Ismail Awang berkata, bantuan kepada golongan mualaf ini merupakan salah satu pengisian program Induk Ziarah Kasih Ramadan-Di Ambang Syawal 3.0 pada tahun ini.

“Bantuan itu disalurkan melalui Persatuan Mualaf Muslimah Sabah dan ini merupakan julung kali diadakan bersama mereka.

“Namun, Persatuan Mualaf Muslimah Sabah memang sangat aktif menjalanka­n program menyantuni muallaf sebelum ini termasukla­h program iftar bersama,” katanya.

Ismail berkata, golongan mualaf di daerah ini sentiasa diberikan perhatian sama ada melalui badan bukan kerajaan (NGO) mahupun pihak kerajaan.

“Saya difahamkan Pusat Zakat Sabah Cawangam Tawau telah mengadakan kelas bimbingan agama kepada golongan ini.

“Selain itu, Persatuan Mualaf Muslimah Sabah juga turut merancang untuk mengadakan kelas tambahan bimbingan kepada mereka sebagai lanjutan berkenaan ilmu agama Islam,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi PERKASIH Sabah merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Pusat e-Desa Tanjung Batu berkata pihaknya sedia bekerjasam­a sekiranya diperlukan.

“Kami bersedia membantu dalam menyediaka­n kelas agama sama ada melalui atas talian ataupun bersemuka sekiranya mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Pusat e-Desa Tanjung Batu mempunyai kemudahan yang lengkap untuk menjalanka­n kelas berkenaan dan perkara ini tidak mustahil dilaksanak­an pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Ismail (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada pengerusi Persatuan Mualaf Muslimah Sabah Datin Alisha Zulaikha Azzahra.
SUMBANGAN: Ismail (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada pengerusi Persatuan Mualaf Muslimah Sabah Datin Alisha Zulaikha Azzahra.
 ??  ?? MUALAF: Ismail bersama para mualaf yang menerima bantuan berkenaan di Pusat e-Dea Tanjung Batu.
MUALAF: Ismail bersama para mualaf yang menerima bantuan berkenaan di Pusat e-Dea Tanjung Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia