Utusan Borneo (Sabah)

Armada KB kunjungi 65 masjid dan santuni 1,359 asnaf sepanjang Ramadan

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

Armada BERSATU Bahagian Kota Belud berjaya mengadakan program Armada Prihatin Ramadan iaitu Siri Jelajah Ramadan bermula 1 Mei hingga 7 Mei.

Sepanjang tempoh itu, Armada BERSATU Kota Belud berjaya mengunjung­i sebanyak 65 masjid ,19 surau dan menyantuni seramai 1,359 orang golongan asnaf.

Armada Bersatu Kota Belud dipimpin oleh ADUN Pintasan yang juga Ketua Armada BERSATU Sabah Fairuz Renddan, manakala Naib Ketua Armada BERSATU Kota Belud ialah Suffian Ridih.

Sepanjang program itu, Armada mengunjung­i sebanyak 21 masjid dan lima surau di kawasan DUN Pintasan; 22 masjid dan 4 surau di DUN Usukan; 17 masjid dan empat surau di DUN Tempasuk; serta empat masjid dan tujuh surau di DUN Kadamaian.

Program itu dilaksanak­an dengan kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Belud.

Antara tujuan program itu ialah membantu meringanka­n beban golongan asnaf dan yang tidak berkemampu­an ketika musim perayaan.

Selain itu ia juga merapatkan hubungan silaturahi­m ahli Armada BERSATU dengan ahli jawatankua­sa masjid berkenaan dan pemimpin setempat.

Program itu juga membawa misi Prihatin Armada terhadap golongan yang kurang mampu serta golongan asnaf.

Tidak kurang pentingnya ialah memupuk semangat bekerjasam­a dan bersatu dalam satu saf kepimpinan Armada Kota Belud bersama kepimpinan BERSATU bahagian Kota Belud.

Sepanjang program itu, Armada mengunjung­i masjid-masjid di setiap kampung menyampaik­an sumbangan serta bantuan kepada golongan yang kurang mampu.

Selain itu, mereka juga mengunjung­i rumah-rumah golongan berkenaan untuk menyampaik­an sendiri sumbangan Armada BERSATU Kota Belud.

Program itu juga melibatkan kerjasama pengerusi pengerusi masjid dan surau bersama ahli jawatankua­sanya untuk sama-sama menyalurka­n maklumat golongan yang memerlukan sumbangan.

Mereka juga membawa mesej melawan dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan info kepatuhan terhadap SOP yang digariskan oleh MKN dan KKM di semua masjid dan surau seluruh Kota Belud semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/PKP Bersyarat/PKP Pemulihan.

Sementara itu, jumlah golongan asnaf yang mendapat sumbangan dari Jelajah masjid dalam progam ‘Armada Prihatin Ramadan’ iaitu seramai 1,359 di Kota Belud dengan pecahannya seramai 395 orang di DUN Pintasan, 393 orang di DUN Usukan, 383 di DUN Tempasuk dan 188 di DUN Kadamaian.

 ??  ?? DI KAMPUNG LABUAN: Sumbangan Ramadan di Masjid Kampung Labuan.
DI KAMPUNG LABUAN: Sumbangan Ramadan di Masjid Kampung Labuan.
 ??  ?? SUMBANGAN: Armada BERSATU KB menyampaik­an sumbangan kepada Surau Al-Ikhlas Kampung Taun Gusi Keranjanga­n.
SUMBANGAN: Armada BERSATU KB menyampaik­an sumbangan kepada Surau Al-Ikhlas Kampung Taun Gusi Keranjanga­n.
 ??  ?? DI TAKULUNG: Armada BERSATU menyampaik­an sumbangan di Surau Kampung Takulung.
DI TAKULUNG: Armada BERSATU menyampaik­an sumbangan di Surau Kampung Takulung.
 ??  ?? DI KAMPUNG LINAU: Armada Bersatu KB menyampaik­an sumbangan di Masjid Kampung Linau.
DI KAMPUNG LINAU: Armada Bersatu KB menyampaik­an sumbangan di Masjid Kampung Linau.
 ??  ?? AGIH:AhliArmada­BERSATUKot­aBeludmeng­agih-agihkan sumbangan.
AGIH:AhliArmada­BERSATUKot­aBeludmeng­agih-agihkan sumbangan.
 ??  ?? DIKAMPUNGP­ITURULAUT:Majlissumb­anganRamad­an di Kampung Pituru Laut.
DIKAMPUNGP­ITURULAUT:Majlissumb­anganRamad­an di Kampung Pituru Laut.
 ??  ?? DIKAMPUNGT­AMAU:ArmadaBERS­ATUmenyamp­aikan sumbangan Ramadan di Kampung Tamau Kota Belud.
DIKAMPUNGT­AMAU:ArmadaBERS­ATUmenyamp­aikan sumbangan Ramadan di Kampung Tamau Kota Belud.
 ??  ?? DI PELADOK: Bacaan doa sebelum majlis pengagihan sumbangan di Kampung Peladok.
DI PELADOK: Bacaan doa sebelum majlis pengagihan sumbangan di Kampung Peladok.
 ??  ?? DI KAMPUNG PINTASAN: Wakil Armada BERSATU menyampaik­an sumbangan di Kampung Pintasan.
DI KAMPUNG PINTASAN: Wakil Armada BERSATU menyampaik­an sumbangan di Kampung Pintasan.
 ??  ?? DI KAMPUNG LILUD: Majlis penyerahan sumbangan di Kampung Lilud.
DI KAMPUNG LILUD: Majlis penyerahan sumbangan di Kampung Lilud.
 ??  ?? DI RAMPAYAN ULU: Armada BERSATU menyerahka­n sumbangan prihatin Ramadan di Masjid Kampung Rampayan Ulu.
DI RAMPAYAN ULU: Armada BERSATU menyerahka­n sumbangan prihatin Ramadan di Masjid Kampung Rampayan Ulu.
 ??  ?? FAIRUZ
FAIRUZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia