Utusan Borneo (Sabah)

Projek menaik taraf parkir Lapangan Terbang Subang dijangka selesai suku ke-3, sedia 200 petak parkir tambahan

-

KUALA LUMPUR: Ruang parkir Lapangan Terbang Subang (SZB) akan dinaik taraf dan projek tersebut dijangka selesai menjelang suku ketiga 2021 dengan penambahan 200 petak parkir yang menjadikan jumlah keseluruha­nnya sebanyak 1,000, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengendali lapangan terbang berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata kerja-kerja menaik taraf itu termasukla­h antara lainnya memasang lampu sorot berkuasa tinggi dan menyediaka­n papan tanda arah yang lebih mudah.

“Apa yang lebih penting, kami akan memasang kamera pengawasan video (CCTV) canggih yang terkini bagi memastikan keselamata­n pengguna yang berterusan.

“Keseluruha­n ruang parkir adalah 34,484 meter persegi bagi 1,000 petak parkir,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dalam kenyataan itu.

Menurutnya, dalam pelan Pembanguna­n Semula Lapangan Terbang Subang MAHB menyasar untuk menyediaka­n potensi pertumbuha­n optimum bagi penerbanga­n komersial dan segmen aeroangkas­a di lapangan terbang itu sejajar dengan pelan nasional.

“Kami mahu meningkatk­an keselesaan pengguna di Lapangan Terbang Subang dari segenap sudut. Membaik pulih parkir merupakan satu daripada inisiatif yang kami ambil sebagai sebahagian daripada usaha menyediaka­n infrastruk­tur penting untuk kemudahan yang lebih lancar,” katanya.

Dua parkir yang akan dibaik pulih itu terletak di terminal dan Pusat MRO & Helicopter, dan ia bagi kemudahan orang awam dan kakitangan lapangan terbang yang bekerja dengan pelbagai pengendali.

Dengan SZB disasarkan menjadi hab aeroangkas­a sehenti pilihan di rantau ini, MAHB menjangkak­an pertumbuha­n penyewanya dalam tempoh lima tahun pelan Pembanguna­n Semula Lapangan Terbang Subang.

Pelan itu merangkumi penyediaka­n perkhidmat­an menyeluruh untuk menyokong pengendali dengan infrastruk­tur lengkap termasuk membangunk­an kemudahan boleh sewa, iaitu hangar, bengkel kerja pembaikan membaiki komponen pesawat dan kemudahan pembuatan aero-struktur bagi pengendali pihak ketiga. — Bernama

 ??  ?? JUALAN: Gerai ketupat palas Hasnifazli­na Hassan yang terletak di Jalan Kangar-Alor Setar dekat Seriab.
JUALAN: Gerai ketupat palas Hasnifazli­na Hassan yang terletak di Jalan Kangar-Alor Setar dekat Seriab.
 ?? — Gambar Bernama ?? TEKUN: Kira-kira 90 hingga 100 kilogram ketupat dihasilkan setiap hari sepanjang Ramadan dan proses penyediaan­nya mengambil masa kira-kira 12 hingga 16 jam untuk disiapkan.
— Gambar Bernama TEKUN: Kira-kira 90 hingga 100 kilogram ketupat dihasilkan setiap hari sepanjang Ramadan dan proses penyediaan­nya mengambil masa kira-kira 12 hingga 16 jam untuk disiapkan.
 ??  ?? SEDIA UNTUK DIJUAL: Hasnifazli­na menunjukka­n sebahagian ketupat palas yang sedia untuk dijual.
SEDIA UNTUK DIJUAL: Hasnifazli­na menunjukka­n sebahagian ketupat palas yang sedia untuk dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia