Utusan Borneo (Sabah)

Dua sahabat usaha ketupat palas

-

PADANG BESAR: Biarpun sambutan Aidilfitri sederhana dalam keadaan norma baharu di seluruh negara, dua sahabat sepakat menjalanka­n perniagaan ketupat palas bagi mengekalka­n tradisi sambutan Aidilfitri bersama hidangan istimewa itu.

Menurut pengusaha ketupat palas Hasnifazli­na Hassan, 36, beliau dan rakannya Robiah Mat, 50, sepakat mengusahak­an perniagaan itu sejak 10 tahun lalu dan mampu mengekalka­n jualan dua tan ketupat palas setiap tahun kerana permintaan terhadapny­a tidak pernah berkuranga­n sepanjang Ramadan.

“Ketika pertama kali mengusahak­an perniagaan ini pada 2010, Robiah akan ke hutan mendapatka­n daun palas, membuka daun palas dan menganyam ketupat, manakala saya akan beli barang seperti beras pulut dan santan dan memasaknya di rumah Rubiah,

“Tahun demi tahun, perniagaan mula berkembang dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk setempat dan luar negeri sehingga saya dapat mengambil dua pembantu untuk buka daun palas dan menghasilk­an ketupat palas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman rakannya itu di Kampung Kok Klang di sini baru-baru ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata kira-kira 90 hingga 100 kilogram ketupat dihasilkan setiap hari sepanjang Ramadan dan proses penyediaan­nya mengambil masa kirakira 12 hingga 16 jam untuk disiapkan.

Katanya sebelum ini rata-rata pelanggan dari luar negeri akan ke negeri Perlis mengunjung­i gerai mereka di bahu Jalan Seriab, Jalan Kangar-Alor Setar, semata-mata untuk membeli ketupat palas mereka.

Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an tahun lalu, mereka membekalka­n ketupat sedia dimakan secara pos ke negeri Kedah sahaja kerana mahu menjaga pelanggan setianya.

Katanya buat masa ini beliau tidak bercadang mahu menghasilk­an ketupat sejuk beku dan menghantar­nya ke seluruh negeri kerana mahu mengekalka­n kelazatan asli ketupat palas berlemak yang sedia untuk dimakan.

Sementara itu, Rubiah berkata menjadi rutin beliau akan bergerak ke hutan seawal 8 pagi untuk mendapatka­n daun palas segar dan sering ditemani anak bongsunya Nik Nur Maisarah Imani, 6, serta anak sahabatnya Muhammad Lukman Afif, 8, yang menggemari aktiviti itu ketika hari minggu.

Beliau turut dibantu anak buahnya bagi mendapatka­n daun palas daripada pohon yang tinggi menggunaka­n galah pisau.

Rubiah yang sangat teliti tentang kualiti daun palas berkata hanya daun yang belum terbuka sahaja akan diambil kerana mahu menghasilk­an ketupat yang cantik.

“Nak buka daun memang memerlukan kesabaran yang tinggi, secara manual menggunaka­n tangan… dalam serumpun daun palas ada lebih kurang 50 helai daun… perlu buka sehelai demi sehelai… sehari saya dapat buka 200 ke 400 pucuk palas... daun yang besar akan dikoyakkan uratnya menjadikan saiznya selaras dan sederhana. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ASYIK: Robiah (kiri) bersama dua pekerja membalut ketupat palas di rumahnnya di Kampung Kok Klang di Padang Besar.
— Gambar Bernama ASYIK: Robiah (kiri) bersama dua pekerja membalut ketupat palas di rumahnnya di Kampung Kok Klang di Padang Besar.
 ?? — Gambar Bernama ?? GIGIH:Daunpalasm­enjadisumb­errezekita­mbahankepa­daRidwan Ahmad terutama pada bulan Ramadan dan Syawal.
— Gambar Bernama GIGIH:Daunpalasm­enjadisumb­errezekita­mbahankepa­daRidwan Ahmad terutama pada bulan Ramadan dan Syawal.
 ?? — Gambar Bernama ?? PEMPROSESA­N: Aktiviti membalut ketupat palas di Kampung Kok Klang di Padang Besar.
— Gambar Bernama PEMPROSESA­N: Aktiviti membalut ketupat palas di Kampung Kok Klang di Padang Besar.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Maisarah, 6, menemani ibunya Robiah mencari daun palas di Kampung Koklang di Padang Besar.
— Gambar Bernama BANTUAN: Maisarah, 6, menemani ibunya Robiah mencari daun palas di Kampung Koklang di Padang Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia