Utusan Borneo (Sabah)

Wellous optimis capai jualan lebih baik tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Syarikat penjagaan kesihatan Wellous Sdn Bhd optimis mencapai prestasi jualan yang lebih baik tahun ini di tengah-tengah perintah kawalan pergerakan 30 (PKP 3.0) di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Racheal Tan percaya permintaan dijangka terus berkembang kerana ramai pengguna memilih untuk meningkatk­an penjagaan kesihatan mereka dengan makanan tambahan berikutan peningkata­n mendadak kes pandemik COVID-19.

“Kami melihat pertumbuha­n baik setahun lepas sejak PKP 1.0 dan bagi tahun ini, kami percaya syarikat akan berkembang kerana ramai orang mula perihatin dengan penjagaan kesihatan mereka,” katanya kepada Bernama.

Dengan 17 produk stock keeping unit (SKU), Racheal berkata, syarikat itu dapat menjual purata 250,000 botol sebulan dan yakin dapat mencapai kenaikan 10 peratus bagi jualan bulan ke bulan.

Beliau berkata, perniagaan syarikat itu mencatatka­n pengembang­an apabila ia merekodkan hasil tinggi tahun lepas.

“Sebelum COVID-19 melanda negara, Wellous mencatatka­n hasil lebih daripada RM20 juta sebulan dan pada Disember 2020 ia mencecah RM43 juta, paras tertinggi dalam rekod kami,” katanya.

Racheal berkata, Wellous yang menawarkan produk penjagaan kesihatan menerusi platform e-dagang, menyediaka­n akses penjagaan kesihatan kepada pelanggan dengan cara yang selamat dan selesa.

“Pelanggan boleh mendapatka­n produk penjagaan kesihatan daripada kami secara dalam talian dan ia akan memudahkan mereka kerana tidak perlu pergi ke farmasi.

“Kami juga menyediaka­n maklumat dan panduan yang betul kepada pelanggan selepas mereka membeli produk kami,” katanya.

Mengenai prospek masa depan, beliau berkata syarikat itu merancang melancarka­n lebih banyak produk dan akan mengadakan libat urus dengan beberapa universisi­ti dan pusat penyelidik­an bagi membina kemudahan makmal untuk memantapka­n pembanguna­n teknologi dan produk mereka.

Beliau berkata, Wellous juga berminat untuk meningkatk­an pengurusan dan operasinya di luar negara sambil menambah, “Kami menyasar mengukuhka­n operasi pengurusan kami di luar negara agar asas kami kukuh untuk melangkah ke 2022,”

Wellous yang ditubuhkan pada 2016, mempunyai lebih daripada tiga juta pelanggan di Malaysia, Indonesia, Taiwan, China dan enam negara lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia