Utusan Borneo (Sabah)

Dua tahun yang mencabar, warga guru cekal mendidik

Meskipun sekali lagi tiada sambutan Hari Guru, namun sumbangan warga guru diyakini tetap dihargai masyarakat

- Oleh Agnes Tugong CIKGU ISA

KUCHING: Warga guru terus cekal mendidik anak murid di negeri ini biarpun dua tahun tidak diraikan sempena Hari Guru ekoran pandemik COVID-19.

“Saya percaya walaupun Hari Guru tidak diraikan secara besar-besaran, namun jasa dan pengorbang­an warga guru tidak ” akan dilupakan. Cikgu Emmet Guru di SK Pulau Seduku, Sri Aman

Cikgu Emmet atau nama sebenar Ahmad Faizal Osman berkata, meskipun tiada sambutan Hari Guru namun beliau percaya warga guru tetap dihargai masyarakat.

“Tempoh dua tahun ini adalah sangat mencabar bagi warga guru yang berdepan dengan kesulitan untuk mengajar secara bersemuka.

“Sukar bagaimanap­un, perjuangan mendidik anak bangsa harus diteruskan dan pandemik ini bukan penghalang untuk warga guru menyampaik­an ilmu.

“Saya percaya walaupun Hari Guru tidak diraikan secara besar-besaran, namun jasa dan pengorbang­an warga guru tidak akan dilupakan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Cikgu Emmet yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku di Sri Aman juga berharap warga guru akan terus cekal mendidik walau berdepan cabaran pandemik COVID19.

Sementara itu, Elizabeth Noi yang bertugas di SMK Kemburongo­h Ranau, Sabah berkata sebagai pendidik ada rasa sedih apabila sambutan Hari Guru tidak dapat diraikan lagi tahun ini ekoran pandemik COVID-19.

“Sejujurnya walaupun sambutan Hari guru tidak dapat dirai, namun sebagai seorang pendidik tetap bersemanga­t untuk mendidik anak bangsa di mana tugas mendidik seseorang adalah satu amanat yang besar.

“’Sebagai pendidik, saya amat berharap pandemik ini akan segera berakhir dan sesi pengajaran dan pembelajar­an dapat dijalankan seperti biasa,” katanya.

Bagi Cikgu Isa Lee pula, perasaan sedih itu memang ada apabila sambutan Hari Guru tidak dapat diraikan bersama warga guru dan pelajar untuk dua tahun berturut.

Bagaimanap­un kata Cikgu Isa, mereka perlu akur dengan arahan yang tidak membenarka­n apa-apa sambutan ketika ini dimana negara masih berdepan pandemik COVID-19.

“Sambutan Hari Guru amat bermakna buat warga guru tetapi disebabkan pandemik COVID-19, kita tidak dapat meraikan Hari Guru seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Pesanan saya semoga warga guru terus cekal mendidik anak bangsa dan pada masa yang sama menjaga keselamata­n diri dan pelajar serta masyarakat secara keseluruha­nnya dengan patuh kepada SOP,” katanya yang mengajar di SMK Tabuan Jaya.

Daisy Gujang pula berkata, tahun ini sudah dua tahun sambutan Hari Guru suram ekoran pandemik COVID19.

“Meskipun tiada sambutan Hari Guru namun ia tidak melemahkan semangat kami untuk terus mendidik anak bangsa kita walau dimana pun kami berkhidmat.

“Harapan saya semoga rakan-rakan guru tetap bersemanga­t dalam masa sukar ini dan meneruskan pengajaran serta pembelajar­an dalam apa juga kaedah yang sesuai dengan keadaan,” katanya yang mengajar di SK Sinaron Tengah, Keningau, Sabah.

 ??  ?? DEMI PENDIDIKAN: Daisy (berdiri kanan) bersama anak muridnya pada karnival sekolah ketika berkhidmat di Song pada tahun 2017 sebelum berpindah ke Sabah.
DEMI PENDIDIKAN: Daisy (berdiri kanan) bersama anak muridnya pada karnival sekolah ketika berkhidmat di Song pada tahun 2017 sebelum berpindah ke Sabah.
 ??  ?? TERUS CEKAL: Elizabeth (tengah) bersama dua orang pelajarnya ketika sambutan Hari Guru pada tahun 2019.
TERUS CEKAL: Elizabeth (tengah) bersama dua orang pelajarnya ketika sambutan Hari Guru pada tahun 2019.
 ??  ?? CIKGU EMMET
CIKGU EMMET
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia