Utusan Borneo (Sabah)

MPS, JCI Sibu turun padang daftar peniaga untuk program imunisasi

-

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Clarence Ting meluangkan masa bersama kakitangan MPS dan ahli-ahli JCI Sibu ke Pasar Sentral Sibu dan Pasar Tamu Indah untuk mendaftar peniaga bagi program imunisasi COVID-19 semalam.

Dalam kenyataann­ya menerusi Facebook, Ting berkata mereka mendaftar seramai 25 peniaga di Pasar Tamu Indah dalam program tersebut.

“Kami juga mendapati pendaftara­n dalam kalangan peniaga Iban jauh lebih baik daripada peniaga Cina. Ini menunjukka­n tahap kesedaran lebih baik dalam kalangan mereka,” katanya.

Menurutnya, semua yang enggan mendapat vaksin mengaku mempunyai salah satu komorbidit­i sehingga menjadikan mereka tidak layak mendapat vaksin COVID-19.

“Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) harus melakukan publisiti mengubah corak pemikiran ini,” jelasnya.

Sementara itu, hampir 100 peniaga di Pasar Sentral Sibu telah melakukan pendaftara­n dengan 71 mendaftar dengan borang dan 25 melalui aplikasi MySejahter­a.

Ting berkata, rata-rata peniaga di Pasar Sentral Sibu meluahkan kekecewaan dengan penjualan perniagaan perlahan yang mereka alami sejak pasar dibuka semula.

“Perkara ini sememangny­a dijangka dengan orang ramai menghindar­i tempat ini kerana banyak kes positif COVID-19 pada Mac dan awal April lalu,” katanya.

Untuk menjadikan pasar selamat bagi pelanggan, Ting berkata satu-satunya cara adalah semua peniaga diberi vaksin secepat mungkin.

“Saya mencadangk­an semua pasar di bawah bidang kuasa MPS, setiap peniaga mesti diberi vaksin jika tidak, mereka tidak dapat melakukan perniagaan sehingga mereka melakukann­ya.

“Saya merancangk­an ini untuk semua gerai makanan dan minuman merangkumi kedai kopi, restoran, bistro dan bar.

“Kami mahukan persekitar­an selamat untuk pelanggan. Semua ini hanya boleh berlaku apabila kita diberi vaksin,” jelasnya.

 ??  ?? BANTU: Ting (dua kiri, baju putih) membantu peniaga di Pasar Sentral Sibu pendaftara­n program imunisasi COVID-19.
BANTU: Ting (dua kiri, baju putih) membantu peniaga di Pasar Sentral Sibu pendaftara­n program imunisasi COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia