Utusan Borneo (Sabah)

ATM pertingkat kerjasama dengan KKM hadapi gelombang ketiga pandemik

-

KAPIT: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited untuk meningkatk­an kerjasama dan membantu Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menghadapi gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ini termasuk kemudahan logistik untuk menghantar bantuan perubatan dan peralatan kesihatan menggunaka­n aset ATM melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Kerjasama dan segala keperluan akan dipertingk­atkan pada sebilang masa. Ini juga merupakan komitmen ATM dalam tugas-tugas sekunder bagi memastikan kesejahter­aan dan kesihatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja singkat ke Hospital Medan ATM Kapit yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu di Dewan Masyarakat Melayu di sini, semalam.

Hadir sama ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad dan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa.

Penubuhan hospital medan di lokasi lain, Affendi berkata ia tertakluk kepada keperluan semasa dan kemampuan Bahagian Perkhidmat­an Kesihatan ATM.

Dalam menghadapi situasi COVID-19 terkini, Affendi berharap setiap lapisan masyarakat memberikan kerjasama dan mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n kerajaan bagi memastikan rantaian penularan pandemik itu dapat diputuskan demi kesejahter­aan semua.

Sementara itu, menurut siaran akhbar Markas ATM Bahagian Hal Ehwal Awam, Perkhidmat­an Kesihatan ATM melalui Kor Kesihatan Diraja (KKD) telah mengatur gerak petugas dan kelengkapa­n Hospital Medan ATM ke Kapit pada 6 Mei lalu.

Jelasnya, hospital itu adalah hospital kedua seumpamany­a didirikan selepas kejayaan hospital sama di Tawau, Sabah.

Melalui atur gerak pasukan Batalion Pertama Perubatan yang berpangkal­an di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Hospital Kapit, hospital medan itu berperanan menyediaka­n rawatan kepada pesakit selain kes-kes COVID-19, katanya lagi.

Menurutnya, hospital berkapasit­i 40 katil itu turut dilengkapi dengan kemudahan wad, farmasi, X-ray dan bilik rawatan kecemasan.

“Melalui kemudahan yang disediakan ini, ia akan membolehka­n Hospital Kapit memberi tumpuan kepada perkhidmat­an rawatan kes COVID-19, di samping mempunyai kapasiti katil yang mencukupi bagi pesakit pandemik berkenaan dan kes yang lebih serius.

“Hospital medan ini beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan antara perkhidmat­an yang disediakan ialah rawatan pesakit dalaman (12 jam sehari mengikut syif bagi pertugas klinik) dan perkhidmat­an bahagian pentadbira­n dan sokongan (jam 7 pagi hingga 4 petang),” katanya.

Ia memberitah­u, sejak hari pertama menerima pesakit pada 10 Mei sehingga 14 Mei, seramai tujuh pesakit telah ditempatka­n di hospital tersebut dengan seorang telah dibenarkan discaj.

“Pada masa ini, jumlah pesakit semasa adalah seramai enam orang, manakala kes pembedahan belum lagi dilaksanak­an di hospital ini.

“Bagaimanap­un, keupayaan hospital ini boleh dipertingk­atkan dengan perkhidmat­an dewan bedah dan unit rawatan rapi (ICU) jika ada keperluan,” ujarnya.

Setakat ini, ATM menempatka­n enam pegawai termasuk Lt Kolonel Dr Saiful Anuar Ju@Ju Ahmad sebagai Komander Hospital Medan berkenaan.

Selain itu, terdapat tiga pegawai perubatan, seorang pegawai tugas khas, seorang pegawai tadbir serta 53 anggota terdiri daripada 32 paramedik dan 21 anggota perkhidmat­an sokongan.

Manakala, KKM terdiri daripada 10 jururawat dan enam anggota perkhidmat­an sokongan.

Keseluruha­nnya, ATM dan KKM menempatka­n petugas seramai enam pegawai dan 69 anggota/staf di hospital medan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia