Utusan Borneo (Sabah)

Ding sertai mesyuarat bincang program di Meradong tahun ini

-

BINTANGOR: Unit Cina SABERKAS Meradong dengan kerjasama persatuan-persatuan di daerah Meradong, Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong mengadakan mesyuarat di sini, semalam.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincang­kan programpro­gram dilaksanak­an di daerah Meradong pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sesi perbincang­an bersama amat penting sebagai perancanga­n aktiviti dianjurkan di kawasan itu terutama dalam suasana kehidupan norma baharu.

“Selain mengadakan perbincang­an berkaitan akvitivi dianjurkan tahun ini, mesyuarat itu juga menjadi landasan membincang­kan isu-isu berkaitan masyarakat setempat.

“Melalui program ini, kita berharap setiap perkara dan masalah membelengg­u masyarakat peringkat akar umbi dan seterusnya mencari jalan penyelesai­annya.

“Kita yakin dengan cara komunikasi dua hala seperti ini dapat memberi keputusan dan penyelesai­an terbaik kepada semua,” katanya turut hadir pada mesyuarat itu.

Menurut Ding, perbincang­an itu juga mengulas berkaitan dengan isu pandemik COVID-19.

Katanya, masyarakat perlu sedar jalan terbaik memutuskan rantaian wabak itu adalah pada tahap displin dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalanka­n kehidupan.

“Perkara ini amat penting dan masyarakat perlu peka serta tidak memandang remeh. Jangan beranggapa­n tanggungja­wab itu terletak pada pihak tertentu sahaja.

“Kita perlu sedar setiap peraturan ditetapkan kerajaan adalah memastikan kesejahter­aan dan kebaikan semua pihak. Oleh itu, kita berharap semua dapat memberi kerjasama dan komitmen terhadap harapan dan misi tercapai dengan jaya,” jelasnya.

Katanya, dalam memastikan setiap perkara dan maklumat sampai kepada masyarakat, ketua kaum dan ketua masyarakat perlu memainkan peranan sebagai penyampai maklumat tepat.

Turut hadir Penolong Setiausaha MDMJ Lau Chi Sing, Pengerusi Unit Cina SABERKAS Meradong Ley Chee Hua dan beberapa ketua masyarakat.

 ??  ?? MESYUARAT: Ding bersama beberapa perwakilan dari persatuan bukan kerajaan dan jabatan kerajaan sedang mengadakan mesyuarat.
MESYUARAT: Ding bersama beberapa perwakilan dari persatuan bukan kerajaan dan jabatan kerajaan sedang mengadakan mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia