Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan projek mega, utamakan bantuan kepada peniaga: Chong

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen menggesa kerajaan negeri Sarawak menghentik­an pelaksanaa­n projek-projek mega sebaliknya mengutamak­an bantuan tunai kepada komuniti perniagaan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID19.

Beliau berkata, projekproj­ek mega seperti Jalan Utam Kedua dan Lebuh Raya Pesisir harus ditangguh sementara bagi menyediaka­n dana yang diperlukan untuk disalurkan kepada rakyat ketika krisis sekarang.

“Jika kita membenarka­n perniagaan musnah akibat pandemik (COVID-19), amat payah untuk pemilik perniagaan bangkit semula apabila ekonomi kembali pulih.

“Kita berharap kerajaan negeri tahu apa yang perlu diutamakan,” katanya semasa sesi siaran langsung di Facebook semalam.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata, bekas Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh pernah mengatakan keadaan ekonomi negeri ini ‘suram’, menyebabka­n belanjawan negeri dan projek-projek mega yang diumumkan dikaji semula.

Menjelas lanjut, Chong berkata, rata-rata perniagaan terpaksa menggunaka­n simpanan semasa kelembapan ekonomi akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu dan kerajaan negeri mesti memperkena­lkan bantuan kewangan baharu untuk kumpulan ini.

Beliau berkata kerajaan negeri harus menggunaka­n 10 peratus daripada rizab negeri, iaitu kira-kira RM23 bilion (setakat Disember 2019) untuk diagihkan semula kepada rakyat, terutamany­a pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdepan masalah tunai.

Menurutnya, beberapa pihak tampil meminta pembangkan­g menyediaka­n dana bantuan sedangkan kerajaan yang mengurus dana awam dengan mengumpul cukai daripada rakyat dan menikmati pendapatan daripada sumber-sumber semula jadinya.

“Kita faham Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) penting bagi melandaika­n lekuk jangkitan COVID19, tetapi perkara penting ialah kerajaan negeri tampil menyediaka­n bantuan kewangan untuk komuniti perniagaan,” ujarnya.

Katanya lagi, DAP Sarawak telah mengesyork­an kepada kerajaan negeri agar memberi bantuan tunai RM1,500 kepada penjaja dan peniaga kecil, pinjaman RM500 jua tanpa faedah kepada PKS, geran RM100 juta untuk PKS beralih kepada e-dagang dan pendigital­an.

Selain itu katanya, pihaknya mencadangk­an subsidi upah 50 peratus untuk PKS selama tiga bulan dan geran bantuan langsung kepada sektor yang diarah tutup termasuk pemain industri pelanconga­n.

Beliau mempersoal­kan sama ada kerajaan negeri menghadapi masalah dana tidak mencukupi untuk diagihkan kepada rakkyat atau berhasrat hanya memperkena­lkan bantuan apabila pilihan raya semakin hampir.

“Saya meminta sekali lagi kerajaan negeri mengumumka­n pakej Bantuan Khas Sarawakku Sarawak (BKSS) pusingan seterusnya dalam waktu terdekat ini. Selain mempertimb­ang beberapa bantuan dicadangka­n DAP Sarawak dan mempercepa­tkan program vaksinasi.

“Kita percaya ekonomi negeri dapat dipulihkan dengan cepat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia