Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sarawak diseru tidak takut ambil vaksin COVID-19

Ia bagi mempercepa­tkan proses kembali ke kehidupan normal, pastikan maklumat vaksin diperolehi dari sumber sahih

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Rakyat Sarawak tidak harus takut mengambil vaksin COVID-19 untuk mempercepa­tkan proses kembali ke kehidupan normal dan memastikan maklumat mengenai vaksin diperolehi melalui sumber yang sahih.

Penolong Profesor Pengajian Komunikasi, Northern State University, South Dakota, Amerika Syarikat Dr Nuurrianti Jalli berkata, setiap individu perlu mengelak daripada membaca maklumat yang tidak sahih di media sosial atau kumpulan WhatsApp.

“Dapatkan maklumat sahih tentang vaksin daripada pakar-pakar perubatan, jurnal-jurnal perubatan dan baca daripada sumber yang mempunyai reputasi baik dalam menyampaik­an maklumat tepat.

“Jangan takutkan diri sendiri dengan membaca berita atau cerita yang tidak tentu di Internet. Semakin ramai kita ambil vaksin, semakin cepat kita kembali kepada kehidupan normal,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo melalui WhatsApp di sini, semalam.

Nuurrianti yang berasal dari Miri, Sarawak kini menetap di Aberdeen, South Dakota, Amerika Syarikat dan berkhidmat sebagai pensyarah di Northern State University sejak tahun lepas.

Ditanya mengenai pengalaman pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan, beliau menyifatka­nnya satu pengalaman menarik kerana berpeluang menghidang­kan masakan dan memperkena­lkan budaya Malaysia kepada rakan-rakan profesorny­a.

“Kami di sini, sesiapa yang sudah divaksinas­i boleh melawat satu sama lain dan CDC (Centers for Disease Control and Prevention) sudah benarkan untuk tidak pakai pelitup muka kalau berkumpul atau ke kebanyakan tempat kalau dah vaksin.

“Kami semua yang ada hari ini (semasa rumah terbuka di kediaman beliau) sudah menerima vaksin Pfizer kira-kira dua bulan lepas dan mereka ini semua adalah rakan kerja saya iaitu profesor di Northern State University bersama keluarga mereka,” ujarnya.

Nuurrianti berkata di bandar tempat beliau tinggal sekarang iaitu Aberdeen, South Dakota, kira-kira 60 peratus pendudukny­a sudah menerima vaksin COVID-19.

“Disebabkan itu, kehidupan sudah hampir kembali kepada kehidupan normal, sesiapa yang dah vaksin tidak perlu menggunaka­n pelitup muka di kebanyakan tempat kecuali hospital, menaiki pesawat dan beberapa lagi tempat lain.

“Alhamdulil­lah saya dan suami, Rafiq Darwis Mohammad baik-baik sahaja ketika menerima vaksin, tidak ada alahan, cuma biasalah sakit sedikit di tempat yang disuntik tetapi hilang selepas dua ke tiga hari,” tambahnya.

Selain itu, beliau berkata dengan penganjura­n rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di rumahnya secara tidak langsung beliau menjadi duta kecil Malaysia di Amerika Syarikat untuk memperkena­lkan budaya dan masakan Malaysia.

“Semasa rumah terbuka, saya masak masakan Malaysia dan ada daging masak Sarawak. Kawan pejabat, pensyarah suka mencuba makanan baharu dan mereka sangat suka merasai pengalaman budaya baharu.

“Di kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada keluarga dan kawan-kawan di Sarawak dan kepada mak bapak, nenek dan keluarga saya

“Jangan takutkan diri sendiri dengan membaca berita atau cerita yang tidak tentu di Internet. Semakin ramai kita ambil vaksin, semakin cepat kita kembali kepada kehidupan normal. ” Dr Nuurrianti Jalli Penolong Profesor Pengajian Komunikasi, Northern State University, South Dakota, Amerika Syarikat

di Miri, janganlah lupakan diri ini jika makan makanan sedap-sedap di Sarawak.

“Ada rezeki sekiranya situasi COVID-19 dah bagus, saya dan suami akan pulang untuk cuti musim panas,” katanya.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Nuurrianti (kiri) bersama rakan-rakan sekerja dari Northern State University, South Dakota, Amerika Syarikat semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman beliau semalam.
RAIKAN BERSAMA: Nuurrianti (kiri) bersama rakan-rakan sekerja dari Northern State University, South Dakota, Amerika Syarikat semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman beliau semalam.
 ??  ?? JAMU SELERA: Rakan-rakan sekerja Nuurrianti menjamu selera masakan Malaysia.
JAMU SELERA: Rakan-rakan sekerja Nuurrianti menjamu selera masakan Malaysia.
 ??  ?? RAYA DI PERANTAUAN: Nuurrianti (kanan) bersama suaminya, Rafiq Darwis.
RAYA DI PERANTAUAN: Nuurrianti (kanan) bersama suaminya, Rafiq Darwis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia