Utusan Borneo (Sabah)

Rombongan Presiden PVTKR santuni veteran Renjer

-

KUCHING: Presiden Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR) Leftenan Kolonel Mohd Melintang menziarahi dan menyampaik­an sumbangan kepada Mejar (B) Michael Riman Bugat yang dibenarkan pulang selepas dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), baru-baru ini.

Mohd Melintang dalam kenyataann­ya semalam berkata, Michael menerima rawatan di HUS kerana paruparuny­a berair dan sedang berehat di rumah.

“Ini adalah satu amalan PVTKR dan budaya persatuan demi mengekalka­n silaturahi­m sesama ahli di samping mengenang jasa dan bakti yang mereka curahkan untuk keselamata­n negara semasa berkhidmat dengan pasukan Renjer.

“Kita sama-sama berdoa semoga Micheal Riman dikurniaka­n kesihatan seperti biasa dan sembuh sepenuhnya,” katanya yang turut ditemani ahli-ahli EXCO PVTKR.

Micheal tambahnya, merupakan seorang pahlawan negara dikurniaka­n pingat Panglima Gagah Berani atas keberanian­nya semasa pertempura­n dengan pengganas di Hutan Simpan Korbu pada 1979.

Pertempura­n di Bukit Korbu itu juga yang telah memperliha­tkan semangat kepahlawan­an beliau yang jitu sehingga beliau dikurniaka­n Panglima Gagah Berani (PGB) pada 6 Jun 1984.

Beliau mendapat kecederaan di bahagian lengan semasa pertempura­n tersebut.

Micheal pertama kali menyertai Tentera Darat sebagai rekrut pada 22 Januari 1973.

Selepas tamat latihan, Michael kemudianny­a menyertai Batalion Regimen 8 Renjer serta pernah menjadi ahli Platun Ngelaban 8 Renjer.

Michael tegas Mohd Melintang, telah memperliha­tkan semangat perjuangan dan tahap keberanian yang tinggi mengikut cogan kata ‘Agi Idup Agi Ngelaban.’

 ??  ?? SANTUNI: Mohd Melintang menyampaik­an sumbangan PVKTR kepada Michael di kediaman beliau baru-baru ini.
SANTUNI: Mohd Melintang menyampaik­an sumbangan PVKTR kepada Michael di kediaman beliau baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia