Utusan Borneo (Sabah)

JPBB Bintulu akan tentukan status PKPB SOP Diperketat­kan

-

BINTULU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu akan bermesyuar­at sebelum membuat keputusan sama ada melanjutka­n atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketat­kan di Bintulu.

Pengerusin­ya merangkap Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata, pihaknya akan bermesyuar­at sebelum mengambil sebarang keputusan mengenainy­a yang bergantung kepada situasi semasa kes COVID-19 di Bintulu.

“Sama ada ia diteruskan, kita akan lihat keadaan dan akan memaklumka­n sekiranya ada lanjutan serta pindaan kepada SOP,” katanya semasa menyampaik­an sumbangan dalam Program Sanjungan Budi Semarak Kasih Syawal di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Persisir Jepak-Kuala Tatau kelmarin.

Begitupun katanya, JPBB Bintulu tidak boleh membelakan­gi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkaitan dengan perkara itu.

Dalam perkembang­an lain, Jack berkata program itu merupakan kerjasama dua pihak iaitu Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Bintulu dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM).

Katanya, ia sebagai penghormat­an dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sebagainya yang bertugas di SJR semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sejumlah 11 SJR dilaksanak­an di Bahagian Bintulu merangkumi sembilan di Bintulu dan dua di Tatau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah (KPD) Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili yang ditemui turut mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua petugas barisan hadapan yang komited menjalanka­n tugas bagi memastikan SOP di Bintulu dilaksanak­an dengan baik.

Turut hadir Timbalan KPD Bintulu DSP Dennis Bunyam dan Naib Pengerusi YARM Negeri Sarawak merangkap Setiausaha MAKSAK Bahagian Bintulu Harun Hatta.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Jack (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Zulkipli (dua kiri) sempena Program Sanjungan Budi Semarak Kasih Syawal, kelmarin.
PENGHARGAA­N: Jack (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Zulkipli (dua kiri) sempena Program Sanjungan Budi Semarak Kasih Syawal, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia