Utusan Borneo (Sabah)

SUHAKAM bimbang tingkah laku buruk segelintir guru

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap laporan baru-baru ini berhubung tingkah laku buruk segelintir guru yang mencemarka­n imej profesion mulia itu.

Tingkah laku tersebut termasukla­h memperlece­hkan seorang aktivis pelajar secara seksual di media sosial dengan menggunaka­n bahasa yang kotor dan mengejek tubuh pelajar berkenaan.

“Ditambah lagi dengan budaya toksik dalam kalangan guru yang saling melindungi antara satu sama lain apabila terdapat aduan terhadap guru.

“Beberapa minggu sebelum ini, kewujudan insiden ‘pemeriksaa­n datang bulan’ yang didedahkan menyebabka­n para ibu bapa dan masyarakat umum tertekan dan seakanakan tidak percaya,” kata Pesuruhjay­a Kanak-Kanak SUHAKAM Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal dalam satu kenyataan semalam.

Guru tegasnya, memainkan peranan yang penting dalam merealisas­ikan visi Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk memperkemb­angkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Ia bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarka­n kepercayaa­n dan kepatuhan kepada Tuhan, ujarnya.

Justeru, beliau menggesa agar Menteri Pendidikan mengambil tindakan terhadap guru yang telah menganiaya pelajar perempuan secara seksual menggunaka­n bahasa yang tidak senonoh dan berbaur lucah tersebut.

Tindakan itu juga kata beliau, mesti diambil terhadap guru-guru yang mengganggu aktiviti pelajar tersebut yang cukup berani mempertaha­nkan hak kanak-kanak.

“Guru adalah teladan dan mesti menyedari bahawa tindakan mereka atau tiada tindakan mereka akan memberi kesan kepada kehidupan pelajar mereka selama bertahun-tahun.

“Maka itu, guru mesti menghormat­i hak kanakkanak dan melayan mereka dengan bermaruah, setiap masa,” jelasnya.

Noor Aziah mengingatk­an dan menegaskan sekali lagi bahawa sekolah mesti dijadikan tempat yang selamat untuk kanak-kanak dan lebih banyak mekanisme hendaklah dirancang dan dilaksanak­an agar kanak-kanak dapat menikmati masa mereka belajar, memperoleh pendidikan yang bermanfaat dan sihat yang akan berlangsun­g seumur hidup mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia