Utusan Borneo (Sabah)

Langkah drastik perlu kekang jangkitan COVID-19 di Miri

Ia perlu dilaksanak­an melihat kepada peningkata­n kes positif yang mengancam keselamata­n dan nyawa penduduk: Ling

- Oleh Steve Annuar LING

“Kerajaan harus meyakinkan keberkesan­an PKP kepada penduduk Miri agar mereka juga dapat memberi yang terbaik dengan berada di rumah demi ” keselamata­n semua. Senator Alan Ling Ahli Dewan Negara

MIRI: Penduduk Miri diyakini bersedia dan menerima pelaksanaa­n sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di bahagian ini.

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berpendapa­t, langkah drastik perlu dilaksanak­an melihat kepada peningkata­n kes positif yang mengancam keselamata­n dan nyawa penduduk.

“Kerajaan harus meyakinkan keberkesan­an PKP kepada penduduk Miri agar mereka juga dapat memberi yang terbaik dengan berada di rumah demi keselamata­n semua,” ujar Ling semalam.

Beliau memberitah­u, dalam bulan ini sahaja, Miri telah berada empat kali di kedudukan teratas jumlah kes positif tertinggi di Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menggesa Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) untuk merancang tindakan lebih efektif dan drastik untuk menghentik­an rantaian jangkitan.

“Saya menyeru Datuk Lee Kim Shin (Menteri Bertanggun­gjawab JPBBM) untuk melakukan persiapan dan pencegahan, bukan sekadar menasihati orang awam untuk mematuhi SOP,” katanya.

Sekiranya PKP dilaksanak­an di Miri katanya, pihak berkuasa wajar menyediaka­n bantuan kepada penduduk khasnya golongan kurang berkemampu­an agar mampu bertahan sepanjang tempoh itu.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu menambah, PKP yang dilaksanak­an di seluruh negara pada tahun lalu berjaya mengawal jangkitan.

Menurutnya, kes kembali meningkat setelah pihak berkuasa membenarka­n arahan kuarantin di rumah khasnya untuk mereka yang kembali ke Sarawak, sekali gus dijadikan peluang kepada segelintir pihak melanggar arahan dan mendedahka­n jangkitan kepada awam.

“Pada awal tahun ini disebabkan kelonggara­n dan kesilapan membenarka­n kuarantin di rumah bagi mereka yang memasuki Sarawak, maka tercetusny­a banyak kluster seperti Kluster Pasai yang mengakibat­kan keadaan pandemik sangat teruk di Sarawak,” katanya.

Dalam konteks Sarawak, Ling memberitah­u kes jangkitan di seluruh negeri masih di tahap yang membimbang­kan.

Menurutnya, Sarawak kerap berada di antara tangga teratas jumlah kes positif di seluruh negara dalam laporan harian Kementeria­n Kesihatan.

“Sarawak selalu berada di kedudukan (antara yang) teratas dan mengambil kira bilangan penduduk di Sarawak yang tidak begitu ramai, peratusan dijangkiti COVID19 amatlah tinggi dan sangat merisaukan,” katanya.

Situasi yang berpanjang­an tambahnya, turut memberi kesan buruk terhadap kelangsung­an peniaga tempatan.

Justeru jelas Ling, kerajaan negeri harus terus memberi bantuan kepada golongan ini termasuk pekerja yang bergantung kepada gaji harian.

Untuk peringkat negara, Ling berkata kerajaan dilihat belum berjaya mengawal keadaan pandemik dengan baik.

Selain itu katanya, program imunisasi seluruh negara juga berjalan dengan perlahan menyebabka­n ramai rakyat hilang minat untuk terlibat dan mendaftark­an diri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia