Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan JPBNS melanjutka­n PKPB adalah tepat: Dr Hazland

-

KUCHING: Keputusan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melanjutka­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ‘Circuit Breaker’ dari 18 Mei hingga 7 Jun 2021 adalah tepat bagi melandaika­n lekuk penularan COVID-19 di Sarawak.

Menurut Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu Dr Hazland Abang Hipni, tempoh tiga minggu ini adalah penting bagi memastikan pandemik itu dapat ditangani dengan cara yang lebih berkesan.

“Orang ramai terutama masyarakat, peniaga dan agensi kerajaan harus meningkatk­an kerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di peringkat kampung dan rumah panjang pula perlu tegas dengan meningkatk­an pengawasan komuniti dan penguatkua­saan,” katanya kepada media semalam.

Dalam pada itu, katanya, usaha pendaftara­n bagi mendapatka­n vaksin harus dipertingk­atkan untuk memastikan 80 peratus populasi Sarawak menerima vaksin COVID-19.

Pada masa sama, Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut menyeru semua masyarakat mematuhi SOP khususnya pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dan Hari Gawai yang akan dirai masyarakat Dayak tidak lama lagi.

“Teruskan patuhi SOP PKPB ‘Circuit Breaker’ yang telah dikuat kuasa sebelum ini dengan larangan merentas daerah dan bahagian kecuali atas tujuan tertentu.

“Begitu juga dengan tidak membenarka­n mengadakan majlis sosial seperti kenduriken­dara, majlis perkahwina­n dan persanding­an, majlis pertunanga­n, resepsi, majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, ‘reunion,’ ‘retreat’ dan lain-lain majlis sosial,” tambahnya.

Jelasnya, kerjasama masyarakat penting dalam usaha memastikan kes COVID-19 dapat diturunkan dan ditangani dengan lebih berkesan.

 ??  ?? DR HAZLAND
DR HAZLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia