Utusan Borneo (Sabah)

PKR harap GPS tidak manipulasi Ordinan Darurat untuk terus berkuasa

-

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berharap Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memanipula­si Ordinan Darurat 2021 untuk melanjutka­n kuasa yang sepatutnya terhenti sebaik penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat pada 6 Jun 2021.

Ketua Penerangan PKR Sarawak Abun Sui Anyit dalam kenyataan akhbar semalam juga menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan GPS bertindak sesuai dengan keperluan demi rakyat Sarawak atau perlu meletakkan ‘Sarawak First’ dalam menghadapi pandemik COVID-19 seperti yang dilaung-laungkan mereka.

Menurutnya, ini kerana GPS masih boleh mentadbir sebagai ‘kerajaan sementara’ (caretaker government) selepas penggal DUN tamat pada 6 Jun kelak.

“Sebagai ‘caretaker government’ GPS digesa untuk melibatkan semua pihak termasuk pembangkan­g agar tiada unsur-unsur penyalahgu­naan kuasa dan perlu adanya semak dan imbang pada masa tersebut.

“DUN Sarawak juga tidak wajar dari segi moral terus dilanjutka­n oleh Ketua Menteri Sarawak melepasi tarikh 6 Jun 2021,” ujarnya sebagai mengulas kenyataan media dikeluarka­n GPS pada Ahad berhubung pembubaran DUN Sarawak hanya akan dilakukan pada satu tarikh yang sesuai.

Setiausaha Agung GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan itu berkata, ia adalah tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berbincang dengan Yang diPertua Negeri.

Justeru, Abun berkata Ketua Menteri Sarawak dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sewajarnya dari segi tanggungja­wab moral patut memohon perkenan dan kebijaksan­aan Yang di-Pertuan Agong sama ada membubarka­n DUN Sarawak pada 6 Jun 2021.

Ini katanya, selaras dengan jadual Perlembaga­an Negeri Sarawak, GPS masih mengaku dan menganggap Sarawak pimpinan mereka masih mempunyai status autonomi seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“PKR Sarawak menggesa Ketua Menteri Sarawak dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak bertindak selaras dengan undang-undang Perlembaga­an Negeri Sarawak iaitu dalam keadaan norma biasa, DUN Sarawak terbubar pada 6 Jun 2021.

“Pembayaran gaji Menteri-Menteri Sarawak dan para wakil rakyat Sarawak yang lumayan sepatutnya terhenti pada tarikh tersebut. Ini penting untuk menjaga maruah dan moral mereka kerana Ketua Menteri Sarawak adalah pemegang kunci ke atas semua tindakan GPS di Sarawak.

“PKR Sarawak berharap GPS tidak memanipula­sikan keadaan darurat dan Ordinan Darurat 2021 untuk keuntungan GPS atau mempunyai niat lain yang bercanggah dengan perjalanan Perlembaga­an Negeri Sarawak,” katanya.

Abunberkat­a,dalamkeada­an biasa tanpa Darurat, DUN Sarawak sepatutnya terbubar pada 6 Jun 2021 menurut Perkara 21 Perlembaga­an Negeri Sarawak kerana DUN mula bersidang pada 7 Jun 2016.

Bagaimanap­un katanya, memandangk­an Malaysia dalam keadaan Darurat dan ditadbir menggunaka­n Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 (Ordinan Darurat 2021), maka pembubaran DUN Sarawak tertakluk kepada Ordinan Darurat 2021 tersebut atau kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Ordinan Darurat 2021 ini berkuat kuasa sampai Ogos 2021. Maka hanya Yang diPertuan Agong sahaja dengan kebijaksan­aan baginda boleh menentukan DUN Sarawak dapat dibubarkan sebelum 1 Ogos 2021 mahupun selepas itu jika baginda bersetuju untuk melanjutka­n Darurat 2021 ini.

“Apabila Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berunding dengan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam jangka masa secepat mungkin sebelum 6 Jun ini, PKR Sarawak menggesa agar Ketua Menteri Sarawak dan TYT Sarawak merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar mengeluark­an Perintah (Pindaan) bagi membubarka­n DUN Sarawak selaras dengan jadual pembubaran DUN seperti termaktub di dalam Perlembaga­an Negeri Sarawak iaitu 6 Jun 2021.

“Kecuali GPS, pimpinan Ketua Menteri Sarawak ada niat lain untuk membiarkan DUN Sarawak dilanjutka­n melepasi tarikh 6.6.2021?” soalnya.

Menurut Abun lagi, pada masa sama, kebijaksan­aan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong juga boleh dipohon oleh Ketua Menteri Sarawak untuk mengeluark­an Perintah (Dekri) (pindaan) baharu khas untuk Sarawak bagi menunda Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan selepas 1 Ogos 2021 berdasarka­n kepada keadaan penularan COVID-19 di Sarawak ketika itu.

Tambahnya lagi, jika dalam keadaan Ordinan Darurat 2021 sedang berkuat kuasa, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari 1 Ogos 2021 sekiranya Yang diPertuan tidak mengeluark­an sebarang perintah (Dekri) pindaan baharu untuk membubarka­n DUN Sarawak selari dengan jadual Perlembaga­an Negeri Sarawak.

“Jika Yang di-Pertuan Agong mengeluark­an perintah (pindaan) baharu khas untuk Sarawak agar DUN dibubar selari dengan jadual Perlembaga­an Negeri Sarawak, maka PRN ke-12 seharusnya diadakan dalam masa 60 hari dari 6 Jun 2021, tetapi masih juga sangat bergantung kepada keadaan pandemik COVID-19.

“Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mengeluark­an perintah (pindaan) baharu waktu terdekat bagi membubarka­n DUN Sarawak pada 6 Jun 2021, maka tiada lagi Kabinet Negeri Sarawak dan wakil-wakil rakyat DUN Sarawak mulai tarikh tersebut.

“Semua ini bergantung kepada Abang Johari dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada untuk membiarkan DUN Sarawak hanya terbubar pada 1 Ogos 2021 supaya Kabinet Sarawak dan semua wakil rakyat DUN Sarawak boleh menikmati gaji sebagai Menteri dan wakil rakyat Sarawak yang sepatutnya terhenti pada 6 Jun 2021 kalau dalam keadaan norma biasa,” tegasnya.

 ??  ?? ABUN
ABUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia