Utusan Borneo (Sabah)

Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching tawar kutipan tiga misa kepada mangsa COVID-19 di India

-

KUCHING: Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching menawarkan kutipan dari tiga misa yang diadakan menerusi siaran langsung dalam talian semalam untuk membantu negara India yang kini mengalami wabak COVID-19 terburuk di dunia.

Uskup Agung Keuskupan Agung Roman Katolik Simon Poh berkata, umat atau mereka yang mahu menyumbang boleh melakukann­ya menerusi aplikasi e-wallet, Sarawak Pay atau pindahan wang dalam talian mulai semalam hingga 22 Mei ini.

“Kod QR dan butiran perbankan kini boleh dilayari di laman web Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching yang kemudian akan diberikan melalui Persidanga­n Uskup Katolik Malaysia yang kini menerima sumbangan untuk negara India.

“Kita boleh berbuat sesuatu untuk orang lain, bermula dari sini. Untuk hari Ahad ini (16 Mei), marilah kita memberi sumbangan menerusi tiga sesi misa yang dijalankan secara langsung di katedral untuk membantu rakyat di India,” katanya di pengakhira­n misa bahasa Inggeris secara langsung jam 8 pagi semalam.

Simon menambah walaupun semua sedang bertarung untuk kestabilan kewangan semasa wabak COVID-19 tetapi ada baiknya untuk turut membantu mereka yang memerlukan dan ramai yang menderita di India.

“Sesungguhn­ya kita tidak mempunyai sumber untuk membantu menyelesai­kan masalah mereka, tetapi kita memberi dengan kasih dan sayang dalam keimanan daripada kemiskinan kita.

“Ini akan membuat perbezaan yang ketara kepada mereka yang amat memerlukan, mereka akan merasai dan menghargai­nya,” katanya.

India telah mencatat lebih daripada 300,000 kes COVID-19 setiap hari sejak awal bulan ini dan hampir 4,000 kes kematian setiap hari.

 ??  ?? SIMON
SIMON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia