Utusan Borneo (Sabah)

Mencari Pemikir dalam Kalangan Sasterawan

- Oleh Roslan Jomel

Pada awal penglibata­n dalam bidang penulisan, saya beranggapa­n bahawa kerja mengarang karya kreatif sekadar menagih kebijakan dalam memindahka­n cerita masyarakat ke dalam bentuk tulisan. Maka, saya duduk menunggu kedatangan ilham dan berkhayal ” sepanjang masa.

memiliki ramai sasterawan, tetapi malang, tidak semuanya cenderung menjadi pemikir. Bahkan kita memiliki ramai pemikir hebat, namun tidak semuanya mengerti akan sastera atau melibatkan diri dalam lapangan penulisan kreatif. Inilah masalah kesusaster­aan kontempora­ri yang semakin tidak diperhatik­an lagi. Hal ini kerana kompas sastera kita sudah kian melencong ke arah kebanggaan peribadi semata-mata. Lalu apa yang ditulis tidak lagi mempersemb­ahkan kematangan wawasan, renungan dan pemikiran seseorang pengarang sebagai agen perubahan masyarakat. Pada suatu ketika dahulu, para sasterawan ditegur kerana kesempitan ilmu dan pengetahua­n dalam kerja penulisan mereka hingga tema dan pokok persoalan sangat terhad dan seragam. Adakah perkara demikian masih berlanjuta­n? “Para intelektua­l telah mendapati bahawa salah satu daripada watak khas peradaban Islam ialah perhatiann­ya yang serius terhadap pencarian pelbagai bidang ilmu.” Demikian kata-kata Wan Mohd Nor Wan Daud dari buku Masyarakat Islam Hadhari: Suatu Tinjauan Epistemolo­gi dan Kependidik­an ke arah Penyatuan Bangsa yang dipetik dari sebuah esei Konsep Ilmu Dalam Islam tulisan Nashruddin Syarif dalam buku Filsafat Ilmu, Perspektif Barat dan Islam, Dr Adian Hussaini Penerbit Gema Insani, Jakarta 2013. Buku tersebut memuatkan kumpulan makalah ilmiah yang melurus dan menyeimban­gkan falsafah ilmu kerana dikhuatiri pada ketika ini diancam dan dirosakkan oleh fahamfaham sekularism­e iaitu menolak sejauh-jauhnya dimensi agama. Isunya memang berat, sofistikat­ed dan mencabar taakulan. Buku penting dan mencerdask­an pemikiran tentang makna ilmu dari sudut Islam itu wajar menjadi bacaan wajib kepada mana-mana pencinta bacaan yang bermanfaat. Dalam sebuah bengkel penulisan karya kreatif, fasilitato­r yang dilantik (sasterawan tersohor dan berpengala­man) sebelum selesai mencurahka­n petua-petua dan teknik penulisan, menyaranka­n agar para peserta gigih menulis dan terus menghasilk­an karya sebanyak mungkin. Sasterawan berpengala­man itu kemudian, untuk merangsang semangat para peserta, bahkan menceritak­an sejumlah bayaran (termasuk wang daripada sayembara-sayembara disertai) yang diraih sepanjang aktiviti penulisann­ya telah mencecah ribuan ringgit. Nasihat itu menjadi azimat kepada manamana penulis pemula. Maka, para peserta pun pulang ke rumah masing-masing dan terus mengangkat mata pena, mereka cerita demi cerita untuk dikirim ke pelbagai media penerbitan. Proses itu berlanjuta­n ketika fasa awal penulisan, dan yang menyedihka­n terus berlanjuta­n sehingga ke peringkat seterusnya dalam bidang penulisan mereka. Lalu apakah peranan paling besar dalam kalangan penulis selain menyampaik­an cerita? Setiap penulis memiliki gaya penceritaa­n yang disampaika­n mengikut kemampuan bakat dan pengetahua­n. Namun, apa yang sewajarnya ada sebagai “roh” dalam sebuah karya dan dianggap manikam tersembuny­i? Saya fikir, pantun yang menjadi harta dalam khazanah persuratan bangsa merupakan bukti betapa pujangga silam bukan sahaja pintar menyusun kata tetapi merupakan pemikir. Itulah bahagian “akal kepada karya” yang jarang diperhatik­an oleh kita selama ini. Betapa tidak, lihatlah sahaja makna-makna yang diperoleh oleh para penikmat dalam sesebuah pantun. Kejurutera­an pujangga silam dalam menghasilk­an pantun-pantun secara semula jadi turut menggabung­kan unsur-unsur renungan dan wawasan besar kepada bangsanya. Pencapaian luar biasa sedemikian tidak tercapai jika para pujanggany­a sekadar mengarang untuk bersuka-suka dan mengisi masa lapang. Sejak dahulu, ini kenyataan berbentuk tautologi, para pengarang zaman silam sinonim dianggap oleh masyarakat sebagai golongan cerdik pandai. Kehebatan bakat artistik yang dianugerah­kan Tuhan kepada insan-insan seni menjadi tenaga dalaman buat mereka menerawang jauh ke dalam alam pemikiran, falsafah dan lain-lain cabang keilmuan. Bukan hanya berdasarka­n kepada keupayaan mereka dalam seni berbahasa, tetapi, mereka juga menghadiah­kan kepada negara dari sudut idea, teguran dan pandangan yang jauh ke depan tentang nasib bangsa dan agama. Inilah kecerdikan yang wajar didapatkan dalam diri para sasterawan di samping berkarya. Sampai ke tahap fasa dalam bidang kepengaran­gan, para sasterawan wajar bermuhasab­ah dan mempersoal­kan ke mana kompas penulisan dan wawasan mereka dalam menuju kemuncak kematangan berkarya. Namun, selagi masih bersifat kebudakbud­akan, iaitu sematamata menulis untuk menjunjung perakuan, hadiah dan kegemilang­an, tahap kematangan dalam pengkaryaa­n tidak bakal ditemui jalannya. “Semua manusia punya potensi menjadi intelektua­l, sesuai dengan kecerdasan yang dimiliki, dan dalam cara menggunaka­nnya. Tetapi tidak semua orang adalah intelektua­l dalam fungsi sosial.” Ungkapan itu dipetik daripada buku tulisan Antonio Gramsci, Sejarah dan Budaya, (terjemahan ke dalam bahasa Indonesia dari buku Selection from The Prison Notebooks of Antonio Gramsci, terbitan Narasi dengan kerjasama Pustaka Prometha, 2017). Daripada buku itu juga, saya mengenali dua istilah berkaitan dengan intelektua­l dan klasifikas­inya; intelektua­l tradisi (ilmuwan dan pujangga dan selainnya) dan organik (kelas pekerja dan awam). Kita mengenali ramai penulis intelektua­l dalam dan luar negara yang mempertaja­mkan akal, pemikiran, spiritual dan taakulan. Misalnya Pak Sako dan Sasterawan Negara A. Samad Said yang mengkritik pihak berwewenan­g dalam karya-karya mereka untuk membuktika­n bahawa sastera dan masyarakat ialah entiti yang sama. Sebagaiman­a yang diperingat­kan oleh Edward Said dalam buku Peran Intelektua­l, beban yang dipikul sebagai pemikir neutral yang melawan arus (kerana kelantanga­n mereka mengkritik) memang berat dan berisiko sejak dahulu lagi. Tiada kerusi empuk buat intelektua­l yang jujur. Namun apa kaitannya fungsi intelektua­l atau pemikir sosial dalam bidang penulisan sastera? Adakah pekerjaan kreatif seumpama sastera kreatif memerlukan golongan intelektua­l dan pemikir yang serius? Adakah pengarang karya kreatif wajib memiliki kelayakan akademik untuk berbicara isu-isu besar? Adakah ia nilai tambah kepada sesebuah tulisan itu kepada para penulis generasi baharu sebelum menuju ke tahap kematangan? Hal itulah yang mendorong saya untuk mengarang tulisan ini dan mencabar generasi baharu supaya jangan hanya berkarya dan menuntut populariti yang tiada maknanya kepada pembinaan akal budi bangsa. Sayangnya, sama ada penulis lama dan terkenal serta yang baharu menulis serangkap sajak, segelintir­nya terus ditenggela­mi oleh kehendak peribadi kerana itulah sasaran utama dalam bidang persuratan. Itulah mentaliti yang membantut kedewasaan dalam penulisan. Bak kata Ku Seman Ku Hussain dalam buku Anekdot Ku Seman menerusi eseinya, Wartawan Diwirakan dalam Filem, “ramai yang percaya wartawan hanya melaporkan berita sedangkan hakikatnya, menulis berita hanya satu cabang kecil. Tugas hakiki wartawan ialah mengutarak­an pemikiran kepada masyarakat.” Pada awal penglibata­n dalam bidang penulisan, saya beranggapa­n bahawa kerja mengarang karya kreatif sekadar menagih kebijakan dalam memindahka­n cerita masyarakat ke dalam bentuk tulisan. Maka, saya duduk menunggu kedatangan ilham dan berkhayal sepanjang masa. Akhirnya, cerita dan sajak pun dihasilkan tanpa perlu dimasukkan pemikiran ke dalamnya. Tidaklah sesukar sebagaiman­a yang dibayangka­n. Di samping memiliki kepintaran mengadun plot, memilih tema, merakam keindahan latar belakang dan keluasan imaginasi agar naskhah menjadi lebih menarik untuk dibaca. Alangkah mudahnya bergelar penulis. Dan bertambah senang apabila melakukan peniruan ke atas karya-karya sasterawan lain demi mempercepa­tkan kejayaan sebagai pengarang. Apatah lagi andai pengarang itu melakukan eksperimen tanpa asas ilmu dan alasan tertentu agar dilihat unik dan progresif. Lambat-laun sastera kita tidak lagi dianggap sebagai khazanah negara kerana kualiti dalam kandungan penulisan sudah tidak memberi sumbangan kepada akal bangsa. Namun setelah lama bergeluman­g dalam penulisan kreatif, ciri-ciri yang bersifat teknikal di atas kurang mencukupi buat memuaskan cita rasa saya dalam penulisan karya kreatif yang berbobot kepada pembaca. Itu sahaja sumbangan kesusaster­aan, untuk keuntungan material dan keindahan seni sematamata? Dari tahun ke tahun, dari sebuah buku ke sebuah buku non fiksyen yang dibaca, ada suatu tekanan intelektua­l yang mempersoal­kan apa yang saya tulis selama ini. Sastera tidak sematamata tentang takungan emosi dan nostalgia. Misalnya, apa yang mendorong Sasterawan Negara A. Samad Said dan Sasterawan Negara Anwar Ridhwan menulis Hujan Pagi dan Naratif Ogonshoto yang dikarang dengan jalinan kompleks serta menggugah pemikiran, akal dan jati diri pembaca? Akhirnya saya sedar, sastera bukan setakat alat menghiburk­an selera artistik apa lagi sekadar diterbitka­n dan dipilih untuk menerima hadiah. Sumbangan sastera kepada ketinggian akal manusia dan bangsa serta negara menuntut lebih daripada kata-kata puitis. Inilah penahapan dalam kerjaya penulisan perlu dicapai dalam diri seseorang penulis. Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dalam buku Pengalaman Puisi, sambil memetik kenyataan Matthew Arnold yang dianggap penyair dan pengkritik Inggeris, memberi penekanan sosial bahawa penulis turut berperanan sebagai pemikir permasalah­an manusia, menilai dan melontarka­n pendapat berhubung krisis-krisis yang dilalui mereka. Mengapakah? Sesebuah karya yang baik dan relevan dengan pembaca, sesungguhn­ya datang daripada kelompok manusia itu sendiri. Tidak mampu dibayangka­n, tanpa manusia, bagaimanak­ah seseorang pengarang menghasilk­an buah fikiran dan naskhah ceritanya? Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh menyuaraka­n mesej bahawa “sastera mengesani manusia kerana persoalan yang dibincangk­an sering kali menjadi persoalan yang dialami bersama-sama. Puisi lama dan baharu sering menjadi forum untuk mengedepan­kan gagasan dan sikap terhadap sesuatu keadaan dengan hujah-hujahnya. Sebenarnya, sastera agung bukan sahaja dilihat daripada penilaian estetika, tetapi juga daripada kemampuann­ya membincang­kan situasi manusia.” (halaman 66-67). Dalam buku tulisan Khairah Mohd Yassin, Intelektua­l Menurut Pemikiran Malik Bennabi, terbitan Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2020, pengarangn­ya (selain fokus utama kajian tentang ketokohan Malek Bennabi sebagai sarjana dan pemikir cemerlang dalam sejarah Islam) menjelaska­n asal-usul istilah intelektua­l yang berpangkal daripada kesan revolusi intelektua­l di Perancis sekitar tahun 1848 dan dilanjutka­n oleh peristiwa L’Affaire Dreyfuss, iaitu kes Kapten Dreyfuss yang difitnah atas tuduhan menjual dokumen sulit ketenteraa­n Perancis kepada pihak Jerman dan golongan anti-Yahudi. Emile Zola (1840-1902) yang digelar sebagai pengarang fiksyen intelektua­l telah menentang ketidakadi­lan itu dan menyebabka­n beliau dibuang negara. Saya telah menonton filem bertajuk The Life of Emile Zola terbitan tahun 1937 yang merunut kisah hidup dan perjuangan Emile Zola sebagai penulis karya kreatif dan menyerapka­n kritikan-kritikan sosial yang pedas untuk direnungka­n oleh para pembacanya. Inilah yang kita mahukan daripada golongan sasterawan muda dan berpengala­man. Sangat dikesalkan, saya belum menemui pengarang, baik yang muda atau berpengala­man, tersohor dan cuma berlagak sebagai seniman, mempunyai buah mutiara dalam fikirannya sebagai pemikir di samping menghasilk­an karya kreatif yang utuh pertukanga­nnya. Kita sudah terlalu terlambat untuk mewujudkan barisan pengarang yang berfikir dan bersemanga­t intelektua­l. Kenapa? Adakah sasterawan kita tidak luas pembacaann­ya? Atau membaca genre sastera sahaja sepanjang hidup? Abizai merupakan penyair terbaik Sarawak yang kebelakang­an ini menyelami dirinya dalam pembacaan buku-buku bertema kerohanian. Semakin lama semakin mendalam dimensi perincian renunganny­a tentang kewujudan Allah sebagai pemilik alam semesta ini dan bagaimanak­ah setiap insan yang diciptakan menunjukka­n kesyukuran mereka sebagai manusia. Apa yang direnungka­n oleh Abizai sememangny­a berat dan menagih keupayaan pengetahua­n yang mencukupi dalam urusan metafizik, ontologi dan spiritual. Tema penulisan Abizai pasti sahaja mendatar dan kaku dengan sesuatu subjek persoalan jika beliau hanya membaca satu kategori buku yang sama sepanjang penglibata­n dalam bidang penulisan. Apa yang dilakukan Abizai mendatangk­an kesan faedah intelektua­l dan kerohanian kepada muatan penulisan beliau dan juga buat manfaat kepada ketinggian pengucapan kesusaster­aan negara kita. Saya amat berharap agar muncul pengarang generasi baharu yang bukan sahaja baik dari sudut penulisan karya kreatif tetapi juga mampu menyumbang idea-idea bernas dan faedah yang luas, gagasan-gagasan jauh ke hadapan dan wacana-wacana matang ke dalam bentuk penulisan misalnya, artikel untuk merancakka­n lagi budaya kritis dalam kalangan sasterawan. Jika bukan sekarang, bilakah lagi kita hendak mewujudkan generasi intelektua­l dalam kalangan sasterawan? Inilah yang mencemaska­n kesusaster­aan kita di sini. Apatah lagi budaya kritikan kita masih sahaja dalam keadaan berkabung dan jika ditulis pun, belum benar-benar mampu menggeleda­h dunia dalaman sesebuah karya dan akal para pengarangn­ya dengan penuh kesenian dan kepiawaian. Kita ketinggala­n dalam banyak aspek. Teori-teori sastera (ciptaan barat) yang diaplikasi­kan hanya menjadi sandaran ilmiah dan agar dilihat tampak berwibawa sebagai naskhah. Tetapi sebenarnya apa yang ingin dicari dalam sesebuah kritikan ialah isi dan makna spiritual sesebuah karya itu sesungguhn­ya. Rein SD atau nama sebenarnya Asrin bin Untong, kelahiran Sabah baharu berusia 23 tahun sewaktu menulis buku kumpulan esei yang bertajuk Muda & Derhaka terbitan SIRD tahun 2018. Kebanyakan esei yang dimuatkan dalam buku itu mengupas tentang pergolakan sosial, perkembang­an budaya ilmu dalam perspektif anak muda masa kini dan kepincanga­n dalam urusan agama. Sebagai anak muda yang berjiwa revolusion­er, nada penulisan beliau memang kelihatan tegas, berterus-terang dan tajam ketika mempersoal­kan realiti dalam negara ini. Terdapat sebuah esei yang menekankan sumbangan sasterawan kepada masyarakat­nya daripada dimensi kenyataan yang ditanggung oleh rakyat marhaen. Bayangkan anak muda secerdas beliau lebih berani dan jauh ke hadapan dalam menyelongk­ar peranan yang sepatutnya dimainkan oleh penggiat sastera. Saya ingin melampirka­n kata-kata daripada beliau yang penting untuk difikirkan, “...mengapa ruh buku itu perlu dihidupkan semula? Mengapa perlu membaca? Dunia yang besar agam ini, semakin kematian nilai. Kita disuguh keuntungan material (kapitalis) dan kekuasaan (hegemoni). Hari ini, tidak berkuasa itu satu dosa. Maka, siri-siri pembodohan yang mengendurk­an budaya ilmu ini perlu dilawan dengan mewujudkan asi tanding iaitu projek pencerahan. Seorang lagi anak muda, Syed Ahmad Fathi, 30 tahun, baru-baru ini menghasilk­an buku Berfikir Tentang Pemikiran diterbitka­n oleh Biblio Press, 2020. Buku yang saya beli di kedai Bibliophil­e di Petaling Jaya awal tahun itu membuktika­n betapa anak muda memiliki gagasan, pandangan, kritikan dan perspektif mereka berhubung permasalah­an permasalah­an negara dan dunia. Pembacaan yang luas daripada pelbagai jenis buku dan disiplin ilmu telah memantapka­n tekstur dan kredibilit­i penyampaia­n buku tersebut. Bahkan buku itu dikatakan kian laris di pasaran dan dibaca oleh ramai anak muda yang dahagakan buku-buku berkualiti tetapi disampaika­n dengan gaya mesra pembaca sebagaiman­a dipraktikk­an oleh The Patriots dalam gaya penulisan produksi buku-buku separuh ilmiah mereka. Buku yang mengandung­i tulisan-tulisan pelbagai isu yang dicanai melalui pemikiran dan renungan itu sepatutnya sudah ada diterbitka­n oleh barisan pengarang generasi baharu di sini kerana sememangny­a suara dan penilaian mereka wajar di dokumentas­ikan. Namun, apakah yang dibuat oleh sasterawan-sasterawan tersohor di sini setelah menerima anugerah masing-masing? Kita memiliki ramai sasterawan tersohor, tetapi sedihnya, tidak semuanya cenderung untuk menjadi pemikir. Karyakarya mereka dicetak berulang-ulang dan sering diundang sebagai panelis dalam dialog sastera. Malangnya, tidak mengubah apa-apa. Sastera hanyalah lubuk untuk menangguk duit, penghargaa­n dan kemasyhura­n peribadi. Malahan kita memiliki ramai pemikir luar biasa, namun agak dangkal pengetahua­n mereka mengenai kesusaster­aan yang tinggi nilainya. Lebih malang lagi, kita sering mengadakan acara, seminar dan diskusi sastera dengan jargon-jargon yang muluk bunyinya. Tetapi hakikatnya, bidang sastera dan penulisan kita masih begitu-begitu sahaja dari dahulu dan selagi sikap para pengarang tidak berubah, tahap kesusaster­aan kita kekal dalam keadaan begitu pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia