Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Hamas hargai sokongan berterusan Malaysia isu Palestin

-

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Ismail Haniyeh menzahirka­n penghargaa­n kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan berdiri teguh mempertaha­nkan hak rakyat Palestin sejak sekian lama.

Perkara itu antara yang dinyatakan dalam panggilan telefon dibuat Ismail yang juga Ketua Biro Politik Hamas kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, bagi memaklumka­n perkembang­an terkini penceroboh­an tentera rejim Israel terhadap bumi Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmuqa­ddis Timur.

Dalam satu kenyataan akhbar berbahasa Arab yang diterima Bernama, Ketua Setiausaha Akhbar Hamas Taher Nunu berkata, Ismail turut memuji peranan dimainkan Malaysia dalam isu Palestin dan hubungan bersejarah di antara keduadua negara.

Dalam perbualan itu, Taher berkata Muhyiddin turut menekankan hak rakyat Palestin untuk mendirikan negara merdeka dengan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu kota Palestin serta mengakhiri penjajahan dan mendapatka­n kebebasan.

Taher berkata, Malaysia menyokong hak-hak itu dan pada masa sama akan bekerjasam­a dengan beberapa negara Islam untuk bergerak terus demi rakyat Palestin dan memberikan sokongan kemanusiaa­n segera kepada mereka melalui institusi berkaitan.

Dalam perbualan telefon itu, Muhyiddin turut memaklumka­n bahawa Malaysia akan bergerak di setiap peringkat termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Keselamata­n PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam usaha menghentik­an serangan dan penceroboh­an tersebut.

Dilaporkan penceroboh­an dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjun­g Gaza sejak Isnin lalu.

Sejak itu, seramai 139 orang, termasuk 39 kanakkanak dan 22 wanita, telah terbunuh manakala 950 lagi cedera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia