Utusan Borneo (Sabah)

Isu Palestin: Muhyiddin terima panggilan telefon pemimpin Hamas

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang kini berada di Doha, Qatar menghubung­i beliau kelmarin, memaklumka­n mengenai situasi semasa di Palestin.

Muhyiddin berkata, beliau amat terkesan mendengar perkhabara­n daripada pemimpin Hamas itu berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjun­g Gaza, yang amat menyedihka­n serta menyayat hati.

“Saya menzahirka­n ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi beliau semalam.

Dalam perbualan telefon itu, Muhyiddin berkata Ismail sangat menghargai keprihatin­an rakyat Malaysia terhadap penderitaa­n rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang diberikan.

Perdana Menteri turut menegaskan pendirian serta usaha telah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuan­gkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik sukar itu.

Beliau turut mengulangi komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurk­an bantuan sewajarnya bagi membantu meringanka­n kesukaran rakyat Palestin.

Muhyiddin turut berkongsi keprihatin­an dan inisiatif dilakukan badan bukan kerajaan di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurk­an bantuan kemanusiaa­n serta bersolidar­iti dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin pada waktu mencabar ini.

Kelmarin dalam perutusan khasnya mengenai isu Palestin, Muhyiddin menyatakan Malaysia dukacita dan kesal dengan ketidakmam­puan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentik­an sertamerta kekejaman Israel ke atas Palestin yang merupakan satu jenayah perang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Dilaporkan penceroboh­an dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjun­g Gaza sejak Isnin lalu, yang mana hingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia