Utusan Borneo (Sabah)

Kematian dicemburui, pengerusi surau rebah ketika solat subuh

-

SEREMBAN: Kematian yang dicemburui. Itu yang berlaku kepada seorang warga emas di Surau Taman Kobena, Senawang, di sini, yang disahkan meninggal dunia ketika sedang solat subuh secara berjemaah di surau berkenaan awal pagi semalam.

Ketika kejadian, Mohd Isa Yaacob, 69, yang juga pengerusi surau itu dikatakan tiba-tiba rebah ke kiri, ketika imam sedang membaca surah Al-Fatihah di rakaat kedua sebelum disambut oleh jemaah yang berada di sebelahnya.

Seorang jemaah, Abdul Razak Abdul Rahman, 63, berkata sejurus itu para jemaah terus membaringk­an Allahyarha­m selain turut memberi rawatan pertolonga­n cemas, bantuan pernafasan (CPR).

“Kami juga turut mengajar mengucap kalimah syahadah, dia memang seorang ahli surau yang baik hati, kami cemburukan pemergiann­ya,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, semalam.

Isteri Allahyarha­m, Siti Esah Abdullah, 65, berkata arwah yang mempunyai masalah jantung pernah menjalani pembedahan pintasan jantung sebelum ini dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk menjalani rawatan penyakit itu beberapa hari sebelum Ramadan lepas.

Menurutnya, suaminya itu sebelum ini pernah memberitah­u keluargany­a bahawa Ramadan kali ini mungkin yang terakhir baginya seolah-olah memberi petunjuk bahawa masanya hampir tiba.

Menceritak­an keperibadi­an Allahyarha­m, Siti Esah berkata, arwah yang juga pesara tentera itu seorang yang sentiasa menunaikan solat secara berjemaah sama ada di surau atau masjid selain suka mengaji al-Quran pada masa lapang dan aktif dalam kerja kebajikan di taman perumahann­ya.

“Saya dan empat anak reda dengan pemergiann­ya, jenazah disolatkan di surau Taman Kobena dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Senawang kira-kira jam 12 tengah hari tadi (semalam),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan dan menyatakan kematian Allahyarha­m dipercayai disebabkan penyakit jantung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia