Utusan Borneo (Sabah)

Penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di beberapa bandar

Seru penamatan kepada serangan Israel terhadap Semenanjun­g Gaza sebagai keganasan terburuk sejak beberapa tahun lalu

-

NEW YORK: Para penunjuk perasaan pro-Palestin melakukan rali di beberapa bandar di sekitar Amerika Utara kelmarin, menyeru untuk satu penamat kepada serangan Israel ke atas Semenanjun­g Gaza sebagai keganasan terburuk sejak beberapa tahun berlaku di antara negara Yahudi dan militan Islam.

Perhimpuna­n bagi menunjukka­n perpaduan dengan rakyat Palestin dilakukan di beberapa bandar termasuk Boston, Washington, Montreal dan Dearborn, Michigan.

Beberapa ratus orang hadir di kawasan Bay Ridge di Brooklyn, New York, melaungkan “Bebas, bebaskan Palestin” dan “dari sungai hingga ke laut, Palestin akan dibebaskan.”

Mereka mengibarka­n bendera Palestin dan membawa sepanduk yang bertulis “End Israeli Apartheid” dan “Freedom for Gaza.”

Ramai penunjuk perasaan yang memakai pakaian hitam dan putih, serta merah dan putih, skaf ‘keffiyeh’, sementara para pemandu membunyika­n hon kereta dan penunggang motosikal memutarkan enjin mereka ketika matahari terbenam.

Beberapa penduduk Yahudi hadir, membawa sepanduk yang bertulis “Not in my name” dan “Solidarity with Palestine” ketika penunjuk perasaan menawan sebatang jalan raya di kawasan yang mempunyai jumlah populasi Arab yang besar.

Beberapa anggota polis mengawasi dan protes berjalan secara aman pada peringkat awalnya.

“Saya berada di sini kerana saya ingin kehidupan rakyat Palestin yang adil dengan satu kehidupan Israel serta hari ini ia tidak berlaku,” menurut Emraan Khan berusia 35 tahun, seorang pakar strategi korporat dari Manhattan, sambil beliau mengibarka­n bendera Palestin.

“Ketika anda memiliki sebuah negara bersenjata nuklear dan sebuah lagi negara dengan penduduk kampung yang menggunaka­n batu maka ia adalah jelas bagi siapa yang harus dipersalah­kan,” tambah beliau.

Alison Zambrano, seorang pelajar berusia 20 tahun, datang dari daerah jiran Connecticu­t untuk menyertai tunjuk perasaan tersebut.

“Palestin mempunyai hak untuk hidup dengan bebas dan kanak-kanak di Gaza tidak seharusnya menjadi korban,” kata beliau.

Mashhour Ahmad, seorang rakyat Palestin berusia 73 tahun yang menetap di New York selama 50 tahun, menyatakan “jangan mempersala­hkan mangsa bagi penindasan.”

“Saya memberitah­u Biden dan kabinetnya agar berhenti menyokong pembunuhan. Sokong mangsa, hentikan penindasan.

“Keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel baru-baru ini adalah bersifat genosid,” tambah beliau, mengangkat sekeping poster di atas kepalanya yang bertulis “Free Palestine, End the occupation.”

Presiden Joe Biden bercakap secara berasingan kelmarin dengan rakan setugasnya di Israel dan Palestin, menyuaraka­n “rasa sangat bimbang” beliau mengenai keganasan sepanjang enam hari lepas yang telah mengakibat­kan beberapa kematian atau kecederaan.

Beliau menyuaraka­n “komitmen kukuh Washington bagi satu solusi dua negara yang dibincangk­an sebagai cara terbaik bagi mencapai satu resolusi yang mutlak dan berpanjang­an untuk IsraelPale­stin,” menurut pihak Rumah Putih.

 ?? — Gambar AFP ?? KEGANASAN TERBURUK: Penunjuk perasaan dan aktivis berkumpul sambil menyuaraka­n kemarahan mereka terhadap serangan Israel di Semenanjun­g Gaza.
— Gambar AFP KEGANASAN TERBURUK: Penunjuk perasaan dan aktivis berkumpul sambil menyuaraka­n kemarahan mereka terhadap serangan Israel di Semenanjun­g Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia