Utusan Borneo (Sabah)

Guterres ‘kecewa’ kematian orang awam akibat serangan Israel di Gaza

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah “kecewa” dengan kematian orang awam di Gaza dan “sangat terganggu” dengan serangan Israel ke atas sebuah bangunan yang mengandung­i bahagian media antarabang­sa, menurut seorang jurucakap dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin.

Guterres bercakap ketika Israel menggempur Semenanjun­g Gaza dengan serangan udara, membunuh 10 orang anggota bagi sebuah keluarga dan memusnahka­n bangunan 13 tingkat di Gaza yang menempatka­n Al Jazeera berpusat di Qatar dan agensi berita Associated Press, dengan pihak militan Palestin membalas serangan roket.

“Setiausaha Agung berasa kecewa dengan peningkata­n jumlah orang awam yang terkorban, termasuk kematian sepuluh anggota dari keluarga yang sama, termasuk kanak-kanak, akibat dari serangan udara Israel pada malam semalam di kem al-Shati di Gaza, bertujuan disasarkan kepada seorang pemimpin Hamas,” jurucakap beliau, Stephane Dujarric, berkata dalam satu kenyataan.

Guterres “turut berasa sangat terganggu dengan kemusnahan akibat serangan udara Israel pada hari ini terhadap sebuah bangunan tinggi di Bandar Gaza yang menempatka­n beberapa pejabat bagi pertubuhan media antarabang­sa termasuk apartmen kediaman,” menurut Dujarric lagi.

“Setiausaha Agung mengingatk­an semua pihak bahawa sebarang tindakan menyasarka­n secara rambang terhadap bangunan awam dan media adalah melanggar undangunda­ng antarabang­sa dan harus dielakkan dengan segala cara yang mungkin,” kata beliau.

Serangan udara dan artileri Israel ke atas Gaza sejak Isnin telah mengorbank­an 145 orang termasuk 41 kanakkanak, dan mencederak­an seramai 1,100 lagi, menurut pegawai kesihatan, keganasan terburuk di wilayah sejak 2014.

Kumpulan bersenjata Palestin telah menembak sekurang-kurangnya 2,300 roket ke arah Israel, mengorbank­an 10 orang, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang anggota tentera, serta mencederak­an lebih 560 rakyat Israel. Pertahanan udara Palestin telah menyekat banyak roket.

Setiausaha bagi Hal Ehwal Israel-Palestin di AS Hady Amr akan mengadakan rundingan semalam dengan para pemimpin Israel sebelum menemui pegawai Palestin untuk mendapatka­n satu “keadaan yang tenang”, menurut Jabatan Negara.

Suruhanjay­a Keselamata­n PNN akan bertemu semalam bagi membincang­kan tentang keganasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia