Utusan Borneo (Sabah)

Venezuela kecam kumpulan bersenjata culik lapan tentera

-

CARACAS: Kelmarin Venezuela mengecam apa yang ia katakan sebagai “penculikan” lapan anggota tentera oleh kumpulan bersenjata yang beroperasi di sempadan Colombia, di mana pertempura­n telah berlaku selama hampir dua bulan.

“Semasa pertempura­n, lapan tentera profesiona­l telah ditangkap dan pada 9 Mei kami telah menerima bukti bahawa mereka masih hidup,” Menteri Pertahanan Venezuela Vladimir Padrino Lopez berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

“Kami mengecam di depan komuniti antarabang­sa... penculikan mengejutka­n terhadap anggota tentera ini,” jelas beliau.

Pasukan tentera Venezuela telah terlibat dalam pertempura­n dengan kumpulan bersenjata Colombia di sepanjang sempadan sejak 21 Mac, menyebabka­n ribuan warga awam meninggalk­an rumah masing-masing dengan melarikan diri ke Colombia.

Venezuela tidak menamakan kumpulan bersenjata yang ia persalahka­n bagi ketegangan, selain dari menggelar mereka “pengganas” atau mengaitkan mereka dengan pengedaran dadah atau dengan Presiden Colombia Ivan Duque.

Bagaimanap­un, sumber keselamata­n di Colombia menyatakan mereka adalah kemungkina­n merupakan penentang dari kumpulan pemberonta­k yang sekarang dibubarkan Revolution­ary Armed Forces of Colombia (FARC), satu analisis yang dinyatakan oleh Presiden Venezuela Nicolas Maduro sebagai satu kemungkina­n.

“Kami akan melakukan segala usaha dan kami akan mengambil semua cara yang mungkin untuk menemui mereka dengan selamat dan baik,” Padrino berkata mengenai anggota tentera tersebut, dikeliling­i oleh anggota dari pasukan tentera negara.

Pada Isnin lepas, Fundaredes, sebuah NGO yang bersifat kritikal terhadap Maduro, menerbitka­n dokumen dari sebuah penentang FARC yang mengandung­i bagaimana lapan anggota tentera telah “ditangkap sebagai tahanan peperangan,” dalam pertempura­n dengan Venezuela.

Dalam dokumen tersebut, penentang telah merayu kepada Palang Merah agar bertindak sebagai perantara untuk menyerahka­n tahanan.

Pihak Palang Merah memberitah­u AFP bahawa ia telah menyedari tentang teks itu, namun tidak akan memberikan komen mengenainy­a buat masa sekarang. Menurut Padrino, Kementeria­n Hal Ehwal Luar Negara Venezuela sedang menyelaras bersama dengan Palang Merah untuk “bertindak sebagai satu penghubung dalam penghantar­an” anggota tentera.

“Kami telah membentuk kontak yang sepatutnya bagi satu makluman awal,” kata beliau.

Seramai 16 anggota pasukan tentera Venezuela telah meninggal dunia sejak pertempura­n bermula, menurut satu laporan rasmi oleh Kementeria­n Pertahanan Venezuela.

Venezuela dan Colombia, yang berkongsik­an satu sempadan sepanjang 2,200 kilometer, menjejaska­n hubungan pada Januari 2019, selepas kerajaan Duque mengiktira­f pemimpin pembangkan­g Juan Guaido sebagai ketua Venezuela terhadap Maduro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia