Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Sudan serah keputusan siasatan pembunuhan tunjuk perasaan 2019

-

KHARTOUM: Pihak tentera Sudan menyatakan kelmarin ia telah menyerahka­n kepada pendakwa raya keputusan bagi satu siasatan mengenai pembunuhan pada 2019 terhadap penunjuk perasaan di Khartoum, selepas beratus-ratus orang berarak pada minggu ini menyeru bagi keadilan.

Selepas tunjuk perasaan selama beberapa bulan, ribuan orang berkumpul pada April 2019 di luar ibu pejabat tentera di Khartoum, menuntut agar autokrat selama Omar al-Bashir meletakkan jawatan.

Pemerintah kuku besi ini telah digulingka­n beberapa hari kemudian, namun penunjuk perasaan masih melakukan mogok selama beberapa minggu, menuntut pemindahan kuasa daripada pihak tentera kepada pemerintah­an awam.

Pada Jun, beberapa lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera telah menyelongk­ar kem dengan kejam dalam satu tindakan selama beberapa hari yang menyebabka­n sekurang-kurangnya 128 orang terkorban, menurut pihak medik yang dikaitkan dengan pergerakan bantahan.

Keputusan yang dinafikan oleh pihak jeneral pada masa itu mengarahka­n tindakan berdarah dan menyeru bagi satu siasatan mengenai insiden berkenaan.

“Jeneral Abdel Fattah alBurhan, ketua bagi majlis kedaulatan peralihan dan ketua komander pasukan tentera jeneral Tagelsir al-Hebr,” menurut pihak tentera dalam satu kenyataan kelmarin.

Ia menyatakan keputusan siasatan termasuk satu senarai bagi kakitangan tentera disyaki terlibat dalam kejadian, termasuk satu arahan “untuk menarik balik kekebalan mereka”.

“Ini akan membolehka­n pendakwaan untuk mengambil prosiding perundanga­n dan mencapai keputusan muktamad,” kata pihak tentera.

Pada Selasa lepas, penunjuk perasaan telah berkumpul di luar ibu pejabat tentera untuk menuntut keadilan bagi mangsa keganasan 2019. Pasukan keselamata­n telah membunuh dua penunjuk perasaan dalam rali, mengakibat­kan kemarahan seterusnya.

Sudan telah ditadbir sejak Ogos 2019 oleh pentadbira­n peralihan yang majoriti awam, yang berjanji akan memastikan keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia